Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kenapa orang Islam tak suka patung? Kenapa orang tidak suka patung sehingga ada orang Islam yang pecah patung rumah ibadat orang bukan Islam?
Hamba Allah Tweet
Okey, okey, itu saja. Okey, terima kasih. Dia ada dua sebab.
Pertama, orang Islam memang tak suka patung kalau patung itu dianggap sebagai atau mewakili Tuhan kerana dalam Islam, Tuhan tiada imej. Islam adalah agama yang anti imej Tuhan, kerana Tuhan tak sama dengan manusia, Tuhan tak sama dengan apa-apa saja. Tuhan adalah pencipta segala sesuatu. Dalam Islam, kita kena faham Tuhan tak boleh sama dengan manusia atau apa-apa. Tuhan adalah pencipta segala masa dan ruang. Jadi, siapa yang belajar fizik akan faham. Tuhan tak ada imej. Sebab tu Tuhan tak ada sebelum atau selepas sesuatu. Itu adalah masa, dan masa pun Tuhan yang cipta. Jadi, Tuhan tak boleh ada imej.
Oleh itu, orang Islam tak boleh ada patung yang mewakili Tuhan. Tak ada di masjid, kosong saja. Dan orang Islam tak suka apa-apa bentuk patung, binatang, dan seumpamanya yang boleh dianggap membesarkan sesuatu. Di rumah orang Islam tak patut ada patung atau kuda yang dianggap ada sesuatu yang istimewa. Kalau ada, tak boleh.
Okey, itu memang jelas. Tapi, boleh tak orang Islam pergi masuk dalam kuil orang dan pecahkan patung? Tak boleh. Itu hak orang lain, dia tak boleh campur hak orang lain. Saya tak suka, itu hal saya. Contohnya, orang tak minum arak, dia tak minumlah arak. Tapi dia tak boleh masuk rumah orang dan cari mana ada arak untuk dipecahkan. Tak boleh. Islam memang tak suka imej, tak suka patung, tak terima patung. Tapi Islam tak suruh orang Islam pergi ke kuil dan pecahkan patung. Tak boleh, itu berbeda. Antara saya tak buat dengan saya rosakkan barang orang, itu berbeda. Okey, terima kasih.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak