Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kembali Kepada Sifat Agama Yang Mudah
Hamba Allah Tweet
Hadirin Mukminin sekalian,
Kita ingin mengajarkan fiqh yang mudah bagi masyarakat moden Islam dan bersama-sama dengan semua orang yang menyeru kepada fiqh yang mudah untuk generasi moden Islam. Ini bukan kerana ini sesuatu yang baru, tetapi itulah yang diseru oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Setelah beberapa ratus tahun, pada suatu ketika zaman Islam mudah, banyak kitab fiqh telah ditulis. Sebahagian para fuqaha kelihatannya kurang ada tugas, dengan maaf cakap, lalu mereka menulis kitab-kitab yang kelihatannya menokok tambah perkara yang susah.
Maka tuan-tuan tengoklah, ada bab yang menyatakan syarat-syarat sah takbiratul ihram. Pada yang demikian itu, ada 17 syarat. Belum lagi sembahyang, nak takbir dah ada 17 syarat. Sebab itu ada yang takbir 3-4 kali, 10 kali Allahu Akbar, dia ingat syarat 1, syarat 2, syarat 3, syarat 4. Apa aku buang syarat 17? Minta maaf orang Tabung Haji, itu yang kursus haji sampai 8 bulan. Haji nak buat berapa hari je, kursus haji ni patut 3-4 hari je. Mana sampai berbulan-bulan?
Bila berbulan-bulan tu susah. Mak cik kalau berjalan begini, kalau mana terpusing sikit kena undur balik. Dia kata tawaf kena dada macam ni, mak cik sentiasa macam ni jangan tunduk. Mak cik tu begitu jalan Arab rentung dia, memang terpusing. Nak pergi ke depan pun tak boleh, nak suruh undur orang ramai semuanya. Kalau tak boleh, tu tahun depan mak cik kena pergi pulalah. Pergi dengan pakej sayalah, itu je kartun semua ni.
Hadirin Mukminin sekalian, kita minta supaya fiqh kita tak mahu memudah-mudahkan agama, tapi kita mahu kembali kepada sifat agama yang mudah. Jangan mempermudah-mudahkan agama pula. Tudung tak pakai, apa semua itu lain, itu kau mempermudahkan agama.
Tapi kembali pada sifat agama yang mudah dalam wuduk, dalam solat, dalam muamalat. Selagi tak ada dalil haram, ia tidak haram. Kalau tuan-tuan nak tanya ayam hutan, ayam hutan apa dalil halal ayam hutan? Susah eh? Apa hal? Apa dalil haram? Halal makan keropok lekor, mana ada nabi nak sebut sesungguhnya keropok lekor halal.
Bagi benda makanan dan muamalat, selagi tak ada dalil haram, halal. Bagi ibadah, selagi tidak ada dalil boleh buat, haram buat. Haram buat ibadah bermula dengan ‘al asl fil ibadah tulmana’ asal dalam ibadah itu dilarang melainkan setelah adanya dalil. Kau tidak menjadi mereka agama. Asal dalam amalan itu boleh sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
Hadirin Mukminin sekalian, mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati kita semua. Allahuakbar.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak