Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kalau bapa dia nama yang syirik macam mana?
Hamba Allah Tweet
Mereka ada masalah yang mereka boleh selesaikan sesama sendiri, tetapi perkara ini pun susah nak dicapai, bukan kerajaan yang susah, tetapi golongan lebai-lebai yang ada. Kemudian, mereka mengatakan tak boleh, kena cari tempat yang cukup 40 orang mengikut mazhab Syafie baru boleh sembahyang. Adakah kita perlu kira 40 orang itu? Sebenarnya, tidak ada syarat yang mewajibkan tubuh masjid mesti ada 40 orang. Dalam mazhab Abu Hanifah, 3 orang pun sudah boleh sembahyang Jumaat.
Jika dalam satu masyarakat, ada komuniti orang Islam yang berjumlah 20 hingga 35 orang, adakah kita perlu tunggu sehingga jumlahnya cukup 40 orang baru boleh sembahyang Jumaat? Kawasan itu punya sempit dan cara berfikirnya sangat terbatas. Siapa lagi nak kata kalau bukan saya?
Bila pemikiran sempit begitu, susahlah. Bila ada orang yang keluar dia bising, bila orang nak proses masuk dia, dia tak mahu. Saya cadangkan, siapa yang masuk Islam tak perlu tukar nama pun tak apa, asalkan nama itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi ada pula yang kata tak boleh, alasan dia kononnya tak boleh asingkan nama.
Contohnya, nama “Awang”. Kenapa “Awang” boleh? Nama “Awang” itu bukan nama Arab, bukan ada Awang di Arab sana. Saya kata, tak perlu tukar nama bapa juga. Nama bapa kekal seperti Umar bin Khattab. Umar bin al-Khattab, al-Khattab tak masuk Islam, tetapi nabi tak kata ubah jadi Umar bin Abdullah.
Seluruh dunia tak pernah buat kerja seperti ini, hanya Nusantara saja yang buat, iaitu Malaysia, Singapura, dan Brunei. Mungkin Singapura sama kot. Kalau bapa dia nama yang syirik macam mana? Itu bapa dia. Bapa dia tak masuk Islam, memang bapa dia bukan nama syirik, tetapi bapa dia sendiri memang syirik. Ada sahabat yang masuk Islam nama dia Abdullah bin Abdul Asad. Nama “Abdullah” itu bermaksud hamba Allah, bin Abdul Asad bermaksud hamba al-Asad, hamba singa. Nabi tak ubah nama bapanya kepada Abdullah sebab bapanya memang tak Islam.
Kalau orang itu masuk Islam dan nama dia tak elok, nabi ubah nama dia, tetapi nabi tak ubah nama bapa dia. Tuan-tuan boleh buka kitab dan baca sendiri.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak