Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Akhirat ini adalah kekuatan dalam hidup manusia.
Hamba Allah Tweet
Akhirat ini adalah kekuatan dalam hidup manusia. Kalau tidak ada hari akhirat, hidup ini akan menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan. Tuan-tuan, cuba tengok orang yang kadang-kadang jahat tetapi kaya. Apa saja yang mereka ada, semuanya hebat. Kita pergi hotel-hotel yang mewah, hebat mereka ini makan. Kita pergi atas urusan, sekali hadap makan RM beribu-ribu. Tengok mereka sembahyang pun tidak, kafir lagi. Ada orang yang zalimkan orang lain tapi hidup kaya raya. Ada orang yang kena zalim hidup dalam keadaan miskin dan susah. Ada orang tutup aurat, sembahyang, tapi dia miskin dan fakir. Ada orang dedah aurat sana sini, kemudian dia kaya.
Kalaulah tidak ada hari akhirat, hidup sesuatu yang sangat mengecewakan. Tetapi apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifatkan dunia ini tidak ada nilainya nak dibandingkan dengan hari akhirat, maka datanglah kembali perasaan bahagia kita. Tak apalah dunia, hangpa ambillah. Bukan kita suruh kita buang dunia ini, tidak. Tapi ertinya kita bertarung mempertahankan dunia demi untuk memperjuangkan agama. Tetapi kalau sekiranya kita tak dapat melainkan dengan kadar yang Tuhan kurniakan pada kita, kita ada lagi hari akhirat.
Demikian itu, kepercayaan kepada hari kiamat menjadikan seseorang kuat dan Muslim sanggup berdiri dan menghadapi alam keseluruhannya. Orang tindas kita, dia curi harta kita, kita tak boleh buat apa. Kadang-kadang dia maki kita, dia kata benda yang kita tak buat. Kalaulah tidak kerana kita kenangkan hari kiamat, marah kita tak guna pun. Tetapi bila kita terkenang adanya hari kiamat, tak apalah. Hang katalah apa, habis dulu. Esok aku jumpa hang di akhirat, esok kita berkira pula bab hang kata ni. Aku tuntut depan Allah Ta’ala, aku tak datang fitnah. Maka menyebabkan dada kita rasa lapang.
Orang lalu cerita ini, orang kata tudung ni lebih hampir. Tuduhlah dulu perhabis, tak ada orang pun atas dunia ini. Nabi itu jauh lebih baik daripada kita, banding tak ada debu pun tak ada kita ini. Dia kata gila, dia kata ahli sihir, kata macam-macam. Tapi Allah Ta’ala maha kaya. Kita kata kat orang, Tuhan bela atas muka bumi ini lagi.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak