Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Assalamualaikum doktor. Waalaikumsalam. Saya mengikuti kuliah doktor dari Kuching, Sarawak. Oh, jauh ni. Doakan Kuching juga akan mengikuti jejak Perlis sebagai benteng sunah, insyaAllah. Amin ya Rabb. Soalan saya, jika mimpi tak boleh dijadikan hujah, bagaimana pula dengan solat istikharah, yakni mimpi sebagai sandaran? Jazakallah khairan.
Hamba Allah Tweet
Ha, ni yang tengah istikharahlah ni, kan? Istikharah nak menikahlah.
Beza orang istikharah nak menikah, okey. Bila para ulama sebut mimpi tak boleh jadi hujah, bukan bermakna mimpi tu langsung kena buang terus. Tuan-tuan faham tak maksud tak boleh dibawa hujah? Hadis daif tidak boleh dibawa berhujah. Mimpi tak boleh dibawa berhujah. Tahu tak maksud dia apa? Tak faham? Ha, di sini pandailah kan. Ha, dia dengar kuliah banyak, ah, tapi ada orang faham bila tak boleh dibawa hujah maksud tak boleh ambil benda ni bawa hujah ngan orang, tak boleh. Bukan maksudnya tak boleh bawa berdebat. Bukan maksud tak boleh dibawa berhujah. Maksudnya tak boleh dijadikan sebagai sandaran hukum syarak. Hukum syarak tak leh pakai dengan hadis daif. Hukum syarak tak leh pakai dengan mimpi.
Tuan-tuan, semalam mimpi, mimpi, mimpi dalam mimpi tu sebut tok guru sebut pakai serban semua putih. Rozaimi bermula daripada minggu depan, setiap hari Rabu hendaklah kamu lakukan khutbah macam solat Jumaat sebelum Zohor. Saya pun kata, menarik. Mimpi pun mimpi yang bagus. Saya pun nak amalkan mimpi tu. Jadi saya pun bagi tahu dekat masjid, selain daripada khutbah hari Jumaat, saya nak buat khutbah hari Rabu. Orang akan bagi tahu kat saya, “Jangan buat pelik-peliklah ustaz.” Saya mimpi semalam. Mimpi tak leh buat hujah sebab mimpi ni dia hanya untuk panduan sahaja. Dia hanya untuk panduan. Dia tak boleh jadi hukum syarak pun. Dia tak boleh jadi sebab apa tak boleh? Tak ada orang boleh verify, tak ada orang boleh sahkan. Kadang-kadang dia mainan tidur. Berapa banyak mimpi kita tipu kita, kan?
Kita teringin sangat nak pergi 1 tempat, tidur-tidur sampai mimpi dah sampai. Bangun-bangun kat Kuala Perlis juga. Aku ingat sampai dah tempat tu. Berapa banyak mimpi tipu kita? Jadi mimpi tak boleh dijadikan hujah tetapi boleh dijadikan sebagai panduan. Kalau mimpi dalam istikharah boleh jadi panduan, boleh jadi panduan untuk amalan peribadi. Sebab itu Nabi SAW sebut dalam hadis, Nabi kata apa? Mimpi ni mubasyirat, mimpi yang benar merupakan pemberi berita gembira kepada orang beriman. Juzuk umminan minan noboa, 1 juzuk daripada kenabian. Dalam hadis Tirmidzi, Nabi sebut kan mimpi 1 juzuk daripada kenabian. Bukan nak kata orang yang dah ada mimpi betul ni terus jadi nabi, tak.
Di antara kerja nabi ialah memberitahu tentang masa depan, apa yang akan berlaku pada masa depan. Mimpi juga kadangkala memberikan kita sedikit gambaran tentang masa depan. Pernah tak tuan-tuan duduk dalam 1 situasi, eh, benda ni macam aku mimpilah. Kalau orang putih panggil apa, deja vu. Betul tak sebutan tu? Kawan saya sebutlah. Saya pun tak tahu betul ke tak.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak