Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
JMNS Siasat Ajaran Sesat yang Mengaku Imam Mahadi Akan Muncul Isnin
Hamba Allah Tweet
Baik, kita ke berita seterusnya. Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) menyiasat kumpulan tarekat Al Naqsha Baldiah Al Khalidiah yang dipimpin oleh Habib Shah Firdaus Habib Ahmad. Siasatan ini susulan dakwaan bahawa Imam Mahadi akan muncul pada hari Arafah tahun ini.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Yusof Ahmad, berkata dakwaan tersebut dilaporkan oleh sebahagian pengikut tarekat tersebut setelah mereka menyedari bahawa amalan itu bertentangan dengan hukum syarak. Menurut beliau, sebahagian pengikut Habib Firdaus mula hilang kepercayaan setelah Imam Mahadi yang didakwa akan muncul pada hari Arafah tahun ini tidak berlaku pada musim haji yang lalu.
Tambahnya, kehilangan pengikut yang banyak menyebabkan Habib Firdaus mendakwa bahawa peristiwa itu ditunda kepada 10 Muharam, iaitu pada Isnin ini. Selain itu, bekas pengikut kumpulan tarekat itu juga mendakwa terdapat beberapa ajaran sesat yang dianjurkan oleh Habib Shah Firdaus, seperti melakukan tiga kali sujud pada rakaat terakhir solat dan mencium sejadah.
Susulan itu, JMNS bertindak menutup pusat pengamalan tarekat tersebut yang beroperasi di Kampung Jawa, Labu, pada 3 Ogos lalu. Jelasnya, siasatan terhadap Habib Firdaus terhalang selepas lelaki itu difahamkan akan terus menetap di tanah suci setelah menunaikan umrah pada Mac lalu bersama 300 pengikutnya.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak