Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kita solat musafir dan telah niat solat berjemaah.
Hamba Allah Tweet
Kita solat musafir dan telah niat solat berjemaah. Sampai di masjid, azan sedang dilaungkan. Bolehkah kita solat fardu mengikut imam berjemaah?
Boleh. Kita niat nak sembahyang jemaah, dan kita sampai ke masjid di mana orang sedang menunaikan sembahyang. Contohnya, jika sat lagi Isyak, kita nak jamak ta’akhir, ada dua keadaan.
Pertama, kita mampu untuk sembahyang dulu Maghrib tiga rakaat, kemudian ikut imam sembahyang Isyak. Itu lebih baik kerana mengikut tertib di sisi sebahagian ulama yang mengatakan pentingnya mengikut tertib waktu. Tetapi dalam mazhab Syafie, mereka mengutamakan waktu solat. Maksudnya, kalau sudah masuk waktu Isyak, sembahyang Isyaklah dulu. Itu pandangan mazhab Syafie. Jadi, kalau waktu Isyak, sembahyang Isyak dulu baru sembahyang Maghrib. Dalam mazhab Syafie, memang begitu. Mana-mana yang tuan-tuan buat, solat berkenaan tetap sah.
Yang tidak boleh, dia mai mai sembahyang berjemaah, tapi dia buat jemaah lain dulu sebelum jemaah yang betul, kemudian dia keluar. Itu tak boleh. Satu lagi, jika sekiranya dia duduk dalam masjid dan sudah sembahyang, kemudian orang azan, dia tak keluar. Dia sembahyang bersama imam, walaupun dia sudah sembahyang sebelumnya. Jadikan sembahyang itu sebagai sunat, dan ikutlah imam.
Ini kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda melalui Abu Hurairah, “Apabila seseorang mendengar azan, seharusnya dia tidak keluar dari masjid.” Abu Hurairah berkata, “Adapun orang yang keluar dari masjid setelah mendengar azan, dia telah menderhakai Abal Kassim,” iaitu menderhakai Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Jadi, sembahyanglah untuk mengeluarkan diri dari keadaan yang tidak elok itu, walaupun ada perincian dan pendapat dalam hal ini. Namun, tunaikanlah solat dengan adil.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak