Jamak dan Qasar Solat Sepanjang Pulang Berhari Raya Selama Seminggu
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Saya akan pulang berhari raya di Johor selama seminggu. Bolehkah saya jamak dan kasar solat sepanjang saya berada di sana?

Khilaf di kalangan para ulama mazhab Syafi’i mengatakan apabila seseorang itu bertujuan nak duduk di satu tempat dan dia bermusafir, jika nak berada di situ 3 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), maka bila sampai je kat situ dia tak boleh dah kasar. Ada pandangan ulama yang kata 4 hari tak boleh kasar. Esok, kalau ikut mazhab Syafie, kata 3 hari tak boleh kasar. Ada mazhab yang kata 4 hari tak boleh kasar. Ada yang kata berbelas hari, macam Hanafi, dia kata 18 hari pun tak boleh kasar. Bila sampai je tak boleh kasar. Kan ada yang kata duduk 2-3 hari, 3 hari bila kasar, lepas 3 hari tak boleh. Bukan bila kita memang bertujuan nak duduk lebih pada 3 hari, sampai-sampai dia tak boleh kasar dah. Okey, itu kalau mazhab Syafie lah.

Kalau pendapat saya, wallahualam, saya pilih pendapat Al-Imam Al-Bukhari dan beberapa orang muhaddith yang lain. Selagi mana kita nak duduk di situ bukan nak menetap kerana ada urusan seminggu, lepas tu nak balik, maka boleh kasar. Kerana nabi pernah kasar di Mekah selama 15 hari. Berbeza kalau kita duduk situ, kita dah sewa rumah, yang tu kita nak menetaplah, tak bolehlah. Tapi kalau kita duduk situ, memang kita menumpang rumah orang ke, kita duduk hotel ke, memang kita tak nak menetap di situ, so kita dianggap sebagai musafir lah. Itu pendapat yang saya pegang. Tapi kalau nak ikut pendapat Syafie, lebih selamat. Tak nafi, lebih selamat dan lebih berhati-hati.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak