Isu Zakat kepada Non-Muslim dan Masjid Cina
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Isu Zakat kepada Non-Muslim dan Masjid Cina

Isu zakat kepada non-muslim sekarang timbul. Saya dah bercakap benda ni setahun lepas. Saya terima kasihlah kepada mereka yang timbul-timbulkan isu ini. Ketika kita cakap, mereka kata tak relevan. Hari ini mereka timbulkan isu yang kita dah cakap.

Konsep mualaf dalam Islam bukan orang baru masuk Islam sahaja. Kita dahsyat di Malaysia ni, orang baru masuk Islam dah 10 tahun pun duk mualaf lagi. Kadang-kadang Islam dia tu lebih baik daripada mamat kita yang asal lahir Islam ni. Itu boleh sebut mualaf. Okeylah mari belah utara, Mak Loh terus. Ha betul tak? Ha ha ha ha. Mak Loh dia panggil seorang kampung saya nama Kasim. Kasim, Mak Loh. 30 tahun masuk Islam, duk Kasim, Mak Loh lagi.

Dalam sejarah Islam, wang zakat boleh diberikan kepada yang teringin nak masuk Islam, yang dijangka dengan beri duit itu dia boleh masuk Islam. Kalau tak boleh pun, dia akan bersangka baik dengan Islam. Bahkan nabi pernah beri zakat kepada pembesar-pembesar kafir. Dengan pemberian itu, mereka tidak bermusuh dengan Islam.

Harta dalam konsep fakir miskin luas. Saya bukan nak suruh ambil duit zakat bagi kat orang bukan Islam. Di Malaysia ni kalau kita dengar cerita ada gereja bagi duit kat orang Islam, bising satu Malaysia. Teruk, budak sekolah-sekolah sekian-sekian telah ambil duit daripada gereja. Belum masuk Islam lagi, baru ambil duit. Belum masuk Kristian lagi, baru ambil duit.

Di Penang, mesin apa yang buah pinggang tu, apa nama dia, dialisis tu. Mesin tu ada di persatuan Buddha, free of charge. Jadi ramai orang pergi ke sana, termasuk orang Muslim. Dah takde kat masjid yang free kerana masjid berlumba-lumba duk simpan duit. Masjid siapa banyak, bukan duit masjid siapa berfungsi. Mereka pergi ke sana, orang dah susah hati. Sedangkan patutnya orang bukan Islam mengambil manfaat daripada tempat pusat-pusat Islam.

Buka kaunter di masjid, bukan Islam boleh datang. Kita orang Islam pergi gereja tu susah hati. Kenapa kita tak buka peluang bagi orang bukan Islam datang dalam kawasan masjid ke, masuk masjid ke dengan kuliah ni. Kalau kuliah ni pun kalau ada saudara non-muslim nak datang, biar dia datang. Mana nas kata haram orang kafir masuk masjid?

Kebanyakan yang masuk Islam zaman nabi depan nabi, semualah masjid nabi. Kalau dia sekat daripada pintu masuk Islam dulu baru masuk jumpa, mana ada orang nak masuk? Kita telah sempitkan konsep Islam, orang bukan Islam dah tak faham Islam. 50 tahun zakat tak berjalan. Alhamdulillah, dan negeri umum dia dah dapat 200 juta lebih tahun ni. Kita bukan tanya banyak mana dapat, je kita macam mana nak dibelanjakan. Konsep zakat ni mesti diluaskan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak