Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Aa, suami bukan di bawah tanggungan isteri.
Hamba Allah Tweet
Namun, isteri boleh memberi zakatnya kepada suami sebab suami bukan di bawah tanggungan isteri. Aa, suami bukan di bawah tanggungan isteri. Isteri kita, kita kahwin dengan anak orang kaya. Kaya dia, kita miskin kapcai. Dia, kita kahwin dengan dia. Mai musim dia kata, “Aku nak keluar zakat.” Isteri dia kata, “Duit banyak dalam bank, siapa dia tu?” Kita kata, “Eh, hang tak tengok ke aku ni susahlah, susahlah nak beli ikan pun fikir enam kali.”
Bagi kagum mana boleh dia kata bagi kat laki. Boleh kerana suami dia bukan di bawah tanggungan dia. Tapi suami tak beri zakat pada isteri, sebab isteri di bawah tanggungan suami. Dalam erti kata lain, maksudnya kalau suami tu miskin, isteri tak bagi duit dia, suami tak leh kata apa kerana suami. Isteri tak wajib menanggung suami.
Aa, ni jadi masalah apabila setengah tempat di Kedah apa seorang isteri pi kerja, suami duk di rumah. Petang-petang semua pakat duk dukung anak-anak sebelah-sebelah, babai mak dia pi kerja kilang. Babai mak, babai mak. Suami balik duduk rumah jaga anak, salah. Ah, agama suruh lelaki yang bekerja. Kalau seorang isteri dia pi bekerja, duit tak mahu bagi kat dia, dia tak leh kata apa. Ini satu kezaliman, ni satu kezaliman.
Kalau isteri dia dengan rela hati nak bagi, tak pe lah tolong-menolong, tapi dia tak leh paksa. Tapi tak patut sangat kalau suami ni duduk bersandar di rumah, bini pi kerja. Aa, tak patut. Ha, dia menyanggahi ajaran syarak. Ada setengah negeri kita pi, pasal dia perempuan semua niaga apa. Bagus tu, bagus. Tengok orang sini, orang perempuan kerja. Tengok bini, suami dia dukung ayam kat kampung. Ha, kacau. Ha, ha, itu bukan Islam. Itu tidak melambangkan ciri Islam.
Kalau semua perempuan kerja, suami duduk sandar di rumah. Lambang Islam apabila lelaki bekerja. Aa, apabila lelaki bekerja. Kalau kita pi pasar tu tengok, pasar ni orang perempuan mahu kerja. Suami depa pi mana? Datang suami depa pun pi kerja juga. Aa, tak mahu suami depa buat apa, suami depa jaga anak, duk rumah, duk main Dam bawah pokok. Oh, kacau. Ah, ah, kacau.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak