Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kita kena bayangkan Fiqah ini diperlukan oleh semua orang
Hamba Allah Tweet
Tuan-tuan, bila kita cakap pasal Islam dan Fiqah, janganlah tuan-tuan bayangkan tuan-tuan hanya berada di Masjid Alwi saja. Kita kena bayangkan Fiqah ini diperlukan oleh semua orang—bukan saja mereka yang duduk di masjid, tetapi juga tentera yang berada di lautan, orang yang duduk di rumah sakit, yang patah tangan, mak cik tua yang tak boleh bangun, orang yang kemalangan dan bungkus seluruh badan tinggal biji mata saja. Kesemuanya mereka memerlukan Fiqah, memerlukan ibadah, dan Islam tidak menyusahkan.
Bagi semua mereka ini, ada kelonggaran-kelonggaran syarak. Ada orang yang tangan dan kakinya dibungkus sehingga tidak ada tempat untuk ambil air sembahyang. Kalau tinggal dua jari saja yang boleh dibasuh, maka basuhlah dua jari itu dan sembahyanglah seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hazm al-Andalusi: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang dia mampu.”
Ada juga orang yang tak boleh sembahyang, lalu ustaz memberi petua untuk menghormati waktu sembahyang. Esok, bila sihat, qada’ balik sembahyang yang tertinggal. Katakan, tujuh bulan kemudian sihat, maka hamba Allah ini perlu qada’ 5 waktu × 30 hari × 7 bulan. Sebab itu, kalau orang suruh kita sembahyang hormat waktu, tanyalah dia, kalau saya sembahyang, sah ke tak ustaz? Kalau tak sah, buat apa sembahyang? Kalau sah, pasal apa kena qada’? Maka dengan itu, tuan-tuan sembahyanglah dengan kadar yang kita mampu.
Nabi pernah bersabda: “Jika aku perintahkan kamu dengan satu perkara, datangilah dengan kadar yang kamu mampu.” Kita buat setakat yang kita boleh, bukan nak lawan Tuhan. Nabi pernah sapu kepala di atas serbannya tanpa buka serban. Maka, orang yang pakai serban boleh sapu wuduk atas serban. Sebahagian para ulama kiaskan perkara ini, kalau lelaki boleh sapu atas serban kerana benda itu tutup atas kepala, maka wanita juga boleh sapu di atas tudungnya terutama di tempat-tempat yang tak boleh terdedah. Takkan nak buka tudung untuk basuh kepala, cukup sekadar basahkan air di atas tudungnya.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak