Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ikut Jejak Salafussoleh
Hamba Allah Tweet
Kita minta follow macam mana first generation, generasi yang pertama Nabi dan para sahabat. Macam mana mereka bina tamadun? Adakah dengan minum air dalam belakang Ismail ataupun dengan mereka menguatkan diri mereka dengan menuntut ilmu? Membuka empayar dengan menyampaikan pengetahuan kepada orang, membina kebijaksanaan, membina universiti, membina semua benda ini – hospital semua.
Ia berlaku pada zaman Baghdad sehingga pembedahan yang menggunakan api berlaku pada zaman Andalus. Rekaan Darus sampai Abdul Rahman Dahir masuk ke Andalus dan orang Islam dulu yang buat hospital yang disiapkan dengan pokok-pokok bagi menenangkan perasaan pesakit. Ada hubungan antara psikologi dengan sakit fizikal. Ini semua adalah cetusan daripada para sarjana Islam sehingga ketika orang Kristian menakluk Andalus, mereka dapat membezakan antara rumah orang Islam dengan orang Kristian. Kalau rumah Islam, sama ada mendengar al-Quran dibaca ataupun mereka mampu buat tandas dalam rumah sedangkan ketika itu orang lain masih lagi pergi nak buang air di tengah-tengah hutan.
Kita di sini mahu supaya dalam kefahaman kita, Islam ini balik kepada yang asal. Kalau tanya ustaz, bila dia jampi teruk bagus, dia kata jampi bagi kat saya 5,000. Kita percaya Allah Subhanahuwataala dan Rasulnya. Kita tak mahu cerita khurafat Allah dan Rasul yang tak pernah buat supaya manusia ini akal jadi bodoh. Sebab itu cerita-cerita Israiliyat kita tolak. Dalam negeri Israiliyat, cerita tokoh utama yang tak ada neraka apa, cerita Nabi Sulaiman dan sang kancil, cerita kononnya Nabi Sulaiman naik tikar terbang tengok orang macam ini kemudian kata macam ini jadi macam ini. Cerita-cerita yang menjatuhkan standard nabi kita tak terima.
Maka dengan itu, fungsilah bagi amaran pada saya 5 minit dan insyaAllah saya ingat lain sesi lagi. Tetapi yang pentingnya, penekanan kita adalah agama yang asal. Ia mampu membina jiwa yang mantap dan minda yang mantap yang bebas daripada tahyul dan khurafat. InsyaAllah nanti saya buka sesi pada perbincangan soalan beberapa.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak