Ibnu Taimiyah Pada Pandangan Ibnu Hajar Asqalani
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, saya sebut Ibnu Hajar kerana Ibnu Hajar ini menjadi rujukan semua mazhab. Kitab beliau, **Syarah Sahih Bukhari**, dipakai oleh semua mazhab dan dia dianggap sebagai tokoh yang mana semua orang rujuk. Kata beliau, Ibnu Taimiyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan—ini terjemahan saya. Dia memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.

Hari kematian Ibnu Taimiyah itu menjadi bukti apabila manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya. Orang Islam datang dari serata pelusuk, mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya pada hari itu. Mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya. Keranda itu bukan seperti keranda kita, ia tempat letak jenazahnya. Sehinggalah Ibnu Hajar menyebut bahawa Ibnu Taimiyah adalah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, dan sangat alim di kalangan ulama pewaris para anbiya. Beliau menggelarnya Syikhul Islam.

Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut ini dalam bukunya **Ad-Durar al-Kaaminah**, yang merupakan rujukan umat Islam seluruh dunia. Ibnu Taimiyah meninggal dunia dalam penjara di akhir hayatnya. Kehidupan beliau penuh dengan perjuangan ilmu dalam hampir semua bidang. Beliau bercakap tentang Syiah, akidah, fiqh, tasawuf—semua bidang, dan dalam semua bidang itu, beliau telah memberikan sumbangan yang hebat, terutama dalam bidang falsafah. Sehingga, kalau kita fikir, mustahil apa yang Ibnu Taimiyah tulis ini dibuat oleh seorang manusia.

Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana beliau tidak terlibat dengan apa-apa urusan duniawi. Pernah dia duduk dalam majlis, orang datang minta sedekah kepadanya, tetapi dia tidak ada apa-apa. Dia buka serbannya, gunting panjang, dan beri satu bahagian untuk dijual. Yang satu lagi, dia pakai semula. Pernah juga anak muridnya berkata, “Kami berjalan dengan dia, orang minta sedekah, dia kata duit tak ada, dia buka baju dia, dia bagi.”

Ibnu Taimiyah telah dipenjarakan dan dikenakan tindakan sebanyak tujuh kali. Dalam salah satu tulisan beliau, dia berkata, “Aku telah halalkan semua orang yang telah menyakitiku kerana perjuanganku, untuk mengeluarkan mereka daripada neraka, bukan untuk memasukkan mereka ke dalam neraka, kecuali mereka yang memusuhiku, kecuali mereka yang memusuhi Allah dan Rasul.”

Ibnu Makhluf al-Maliki, seorang ulama yang memerintahkan pemerintah ketika itu supaya membunuh Ibnu Taimiyah, berkata, “Bunuh dia, aku tanggung darahnya.” Ibnu Taimiyah maafkan dia. Siapa yang dengar nama Ibnu Makhluf al-Maliki? Orang tak dengar, tapi orang dengar nama Ibnu Taimiyah, rahimahullah.

Seperti kata Arab, **”Al-Baqaa’ lil-Aslah,”** akhirnya yang kekal ialah yang terbaik.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak