Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Apa hukum orang merokok?
Hamba Allah Tweet
Ini bukan fatwa Abdul Somad. Abdul Somad bukan ulama, Abdul Somad hanya membacakan fatwa ulama sahaja.
Pertama, Mufti Mesir Syekh Ali Jum’ah kata rokok haram. Mufti Mesir satu lagi, Syekh Nasr Farid Wasil, juga kata rokok haram. Mufti Saudi Arabia juga kata rokok haram. Saya tak tahu di Sabah, rokok haram ke makruh.
Ustad Abdul Somad merokok? Saya tak merokok. Itu fatwa ulama. Adakah ulama yang memfatwakan makruh? Ada, sebab kata dia di Quran tak ada ayat menyebut “ya ayyuhalladzina amanu inna rokok haram”. Tak ada, kerana tidak ada dalam Quran, tak ada dalam hadis, tak ada Nabi cerita tentang tembakau. Maka, ulama berijtihad. Ulama ikhtilaf; yang satu mengatakan haram, yang satu mengatakan tak sampai pada darjah haram, hanya makruh saja.
Jadi, puan tuan pilihlah nak haram apa nak makruh. Tapi, jangan gara-gara yang saya sampaikan ini ada yang sudah berhenti merokok balik merokok. Saya sebenarnya nak berhenti, ustad, tapi sebab ustad kata makruh, saya pilih makruh aja lah. Yang sudah berhenti, elok sebab dia banyak memudaratkan. Mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya.
Tapi saya nak cerita sedikit. Ada sahabat saya namanya Al Mukaram Al Ustad Lukman Syarif. Dia daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak. Jadi dia bercerita tentang seorang ulama. Di belakang rumah ulama ni ada pokok ubi, ada pokok tebu, ada pokok cabai, ada pokok tembakau. Suatu malam, datanglah babi (khinzir). Maaf, datang khinzir. Pagi dia buka jendela tengok, habis tebu, habis cabai, habis kacang, habis ubi, semua dimakan babi (khinzir). Hanya tembakau yang tidak dimakan. Rupanya khinzir pun mengharamkan tembakau itu.
Tapi cerita ini, padahal khinzir itu kan haram. Yang haram pun mengharamkan tembakau. Jangan sakit hati, saya cerita aja.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak