Hukum Bertahlil Ketika Dodoikan Anak
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Bini bertahlil dengan niat nak dodol anak, bolehkah dapat pahala?

Bini bertahlil dengan niat nak dodol anak, bolehkah dapat pahala?

Tapi sambil-sambil nak semai pada anak sama, apa maksud tahlil? Tahlil maksudnya apa? *Lailahaillallah, lailahaillallah,* dia goyang buaian anak tu. Noi, noi, dapat pahala? Dapat pahala. Mudah-mudahan anak mendengar *Lailahaillallah.* Orang yang nak mati pun disuruh *lalinu mautakum bin lailahaillallah.* Dalam riwayat Ibn Hibban, disebutkan bahawa kamu talqinkan orang yang hampir mati dengan *Lailahaillallah.* Tambahlah lagi dengan mengingatkan orang hidup dengan *Lailahaillallah,* anak-anak yang kecil mudah-mudahan mereka memperoleh pahala, dan ibunya juga memperoleh pahala dalam hal itu.

Tuan-tuan, ada sebahagian orang yang saya nak perbetul sikit. Bila dia ingat tentang sunnah, dia fikir kita ni tak ada lagi nasyid-nasyid, tak ada lagi baca selawat, atau tak ada lagi perkara-perkara macam itu. Itu tak benar. Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat radhiallahu anhum, mereka bernasyid di kalangan mereka ketika dalam perjalanan. Mereka tarik unta, itu kena *hadi hadi hadi arwah,* mereka tarik unta sambil bernasyid.

Mereka menyanyi ketika korek parit, mereka bersyair, dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memuji sebahagian daripada syair mereka. Jadi, bila ada majlis-majlis di mana orang menyanyi, bersyair, berselawat, itu tidak terkeluar daripada sunnah. Bahkan, itu sebahagian daripada amalan sunnah yang mana sahabat bernasyid, mendengar dendangan nasyid, mendengar ucapan-ucapan, ungkapan-ungkapan selawat, atau apa saja yang merupakan sesuatu yang baik dan enak didengar oleh telinga. Semua itu adalah sebahagian daripada sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat radhiallahu anhum.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak