Hukum Anak Luar Nikah Berkahwin dengan Bapanya
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Apakah hukum anak luar nikah berkahwin dengan bapanya?

Benda ni betul berlaku? Betul ke berlaku di mana? Di Perlis? Tak, di Perlis kita tak benarkan. Dalam mazhab Syafie, pendapat Imam Syafie memang membenarkan kerana dia menyatakan anak luar nikah tu tak ada hubungan dengan bapa dia yang luar nikah. Bapa dialah walaupun bapa tu bapa biologi dia, tapi tak ada nilai hubungan. Jadi, kalau dia menikah dengan bapa dia pun boleh. Itu pandangan dalam mazhab Syafie.

Pandangan ini, dengan menghormati Imam Syafie, telah dikritik oleh banyak para ulama daripada mazhab-mazhab lain yang dianggap sebagai tidak munasabah untuk membenarkan hal yang seperti itu. Sebab tu, bila kita mengaji Fiqh dalam mazhab Syafie, saya rasa ingat JAKIM pun keluar pandangan yang sama, menyebut hal yang sama. Boleh kahwin balik dengan anak tu kerana atas dasar pandangan dalam mazhab Syafie. Banyak para ulama dalam pelbagai mazhab menyebut dalam syariat Islam, seperti dalam al-Fatawa al-Kubra, kalau sekiranya anak susuan, kita tak boleh kahwin kerana dia menyusu, bukan dengan kita. Kita lelaki, dia menyusukan dengan bini kita. Bini yang mana susuan tu disebabkan kitalah kan. Kita tak boleh kahwin dengan anak susuan kita, adik beradik susuan kita tak boleh kahwin. Dia menyusu dengan mak kita ataupun dia menyusu dengan perempuan yang sama kita menyusu dengannya. Sama ibu susuan kita tak boleh kahwin. Kalaulah kerana susuan Islam tak benarkan, kata Ibnu, bagaimana kita boleh benarkan berkahwin dengan bapa sendiri? Memanglah dia salah kerana tak ada akad nikah, tapi hakikatnya dia adalah bapa dari segi biologinya.

Maka pandangan ini dianggap tidak kuat untuk diikuti. Kalau saya bawa kes ni ke sini, kita takkan benarkan. Hmm, ada pandangan-pandangan yang macam saya sebut dalam mazhab Syafie. Dalam Asnan Mathalib, Syekh Zakaria al-Ansari, alim besar dalam mazhab Syafie, menyebut pandangan ni. Pandangan mazhab yang menyatakan isteri tidak boleh keluar untuk menghadiri jenazah sekalipun bapa dia dan anak dia jika tidak diizinkan oleh suami. Ini adalah pendapat dalam mazhab Syafie.

Tak apalah, pendapat dalam mazhab. Sebab itu kita perlu hormat semua mazhab, tapi kita memilih kaum kerana apabila kita tak memilih mazhab, pandangan berkenaan daripada mazhab Syafie bukan bererti kita telah tolak ulama. Kerana majoriti ulama yang lain tak benarkan. Mereka pun ulama, imam-imam mazhab juga. Ha, Imam Syafie hebat ilmu dia, hebat, tak dinafikan kecemerlangan dia. Hebat banyaklah pendapat dia yang benar, kan, yang tak terlawan oleh orang lain. Namun, tidaklah semua benda. Macam Abu Hanifah tadi, dia hebat, tapi dia kata boleh baca Quran dalam bahasa Parsi. Dia pun orang Parsi, ya, tapi pendapat ni tak kuatlah. Kalau nak ikut, kacau. Kalau orang Parsi baca bahasa Parsi, sat gi kita pun nak minta baca bahasa kita pula, geng persatuan Melayu ke apa. Jadi ini tidak mungkin.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak