Hukum Ambil Duit dari Sumbangan
Tags: ( Hukum, Dari, Ambil, Duit, Sumbangan )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Apa hukum seseorang mengambil beberapa peratus sumbangan seseorang kepada maahad tahfiz dan seumpamanya?

Kita kena lihat sesuatu pemberian atau pemindahan atau transaksi wang berdasarkan kepada akad. Berdasarkan akad itu, akad ni orang kita dia kata duk kata akad. Akad ni sebenarnya perjanjian, kontrak. Bila kita jual beli tu akadlah. Orang kita dia tak faham, dia ingat akad tu eh akad angkat sikit, dia ingat angkat, bukan angkat, akad. Akad ni maksud perjanjian, kontrak.

Jadi, apabila kita beli barang, perjanjian kita barang tu jadi milik orang yang beli, duit tu jadi milik kepada orang yang jual. Itu maksud dia. Atau butter trade, ya kita bagi barang ni dia tukar dengan kita. Bila seseorang bagi kita RM1,000, dia suruh bagi kepada satu tempat, nama dia amanah. Kita kena sampaikan RM1,000. Kalau kita pi ambil daripada RM1,000 tu RM100, ha ni beda duit aku, duit letih aku. Kita tak boleh ambil melainkan kalau kita rasa kita minta izin kat dia dulu.

Ataupun saya letih, kalau kita tak mampu kita habaq saya tak boleh kumpul benda ni kerana saya nanti call saya, ha dia kata kalau macam tu tak apa ambil separuh. Tak apalah, tanpa kita bagi tahu kat dia, kita terus ambil. Itu kita menyanggahi amanah yang dia bagikan, dia berikan amanah. Melainkan jika sekiranya kita pi collect amanah tu bagi kepada pihak sekolah tu, pihak sekolah tu dia ambil yang tu setelah menjadi hak dia, dia bagi balik kat kita sebagai upah penat kita. Yang tu sekolah tu bagi kat kitalah, yang itu tak apa.

Tapi kita ambil amanah orang, kata duit berapa? RM750? Ah, aku bagi RM1,000, pasal apa hang bagi RM750 je? Ai, penat saya, takkan saya tak ambil. Itu tak boleh. Itu kalau kita nak, kita kena bagi tahu daripada awal, saya boleh sampaikan amanah tuan pada dia tapi saya nak ambil daripada duit ni RM250 pasal duit minyak saya nak pi rumah dia jauh. Oh, dia kata tu tak apa, ambil. Kalau tidak, kita telah memungkiri amanah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak