Hudud atas Non-Muslim dalam Negara Islam
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Dalam konteks negara Islam, apakah benar hukuman Islam seperti hudud juga diwajibkan dilaksanakan kepada non-Muslim seperti yang dikatakan oleh Hazbur Tahlil?

Tuan-tuan, hukuman ini dilaksanakan untuk semua melainkan jika bangsa berkenaan mempunyai agama yang kukuh dan ada dalam nas agama mereka hukuman yang bersifat agama seperti zina. Tetapi kalau mencuri, hanya dihukum orang Islam, tidak dihukum orang lain. Oleh kerana komuniti berhak membuat keputusan sendiri, misalnya jika pihak kita didenda RM50 kerana mencuri, maka negara tidak boleh stabil.

Ini soal siasat syariat, soal politik pemerintah yang menghukumnya. Tetapi saya tak mahu bercakap soal hudud ini. Saya ingat kita, siapa nak bercakap bab hudud ni, kita dalam keadaan yang kondusif. Kita bercakap perkara ini apabila kita telah create environment yang mana pelaksanaannya tidak dipertikaikan.

Bayangkan dalam negara Islam, zakat dibahagi secara adil, pemerintah tidak rakus, semua orang dapat dengan adil, keselamatan dan keamanan dijamin. Kalau susah, baitulmal menyediakan bantuan. Kalau tak dapat kahwin, ada peruntukannya. Negara betul-betul bersifat amanah dan adil. Manusia kalau nak makan, ada. Kalau rumah dia buruk, tanggungjawab pemerintah melihatnya.

Di celah-celah kedamaian itu, ada orang yang mencuri. Patut atau tidak tangan dia dipotong? Patut. Tetapi kita dalam keadaan orang miskin, masalah penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, zakat entah ke mana, tiba-tiba kita nak potong tangan orang. Ramai orang akan pertikaikan kita.

Sebab itu dulu lagi saya sebut, jangan anggap negara Islam itu negara hukuman. Mereka hentam kita. Hari ini, apabila anda ada sedikit kuasa, anda akan tahu apa yang dikatakan pentadbiran dan pelaksanaan mesti realistik dalam perkara ini. Bukan menolak hukum, tetapi hukum itu mesti berjalan apabila cukup syarat dan keadaan.

Siapa pun tak pernah kata hudud tak baik. Tak boleh kata hukum Tuhan tak baik. Tetapi memotong tangan orang yang mencuri RM50 atau RM1, sementara membiarkan penyangak yang menyamun harta negara ratusan juta, adakah itu keadilan?

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak