Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Hadith Tentang Mulakan Sunnah Yang Baik
Hamba Allah Tweet
Jangan kita silap dengan huraian ulama. Ulama seperti Imam Syafie telah menjawab perkara ini. Demikian juga hadis “Man sanna fil Islam sunnatan hasanah,” yang bermaksud siapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah yang baik. Nabi bersabda hadis ini kepada orang ramai ketika baginda berkempen untuk bersedekah. Semua diam, sehingga ada seorang mula bersedekah, lalu yang lain ikut serta. Itu yang dipanggil ‘sababul wurud,’ atau sebab turunnya hadis.
Alhamdulillah, saya ada menulis tentang hadis ini dan sababul wurud. Ada buku saya yang dikeluarkan oleh UIA dengan tajuk “Sabab Wurud al-Hadis,” yang menghuraikan tentang ilmu sebab turunnya hadis. Sebab hadis ini ialah kerana Nabi Muhammad SAW melihat kaum Mudar yang miskin. Nabi memberi khutbah menggalakkan orang bersedekah, tetapi semua orang diam. Seperti dalam majlis, apabila ditanya soalan, ada seorang mula tanya, maka yang lain pun ikut tanya. Begitu juga dengan sedekah, apabila seorang mula bersedekah, yang lain pun ikut bersedekah.
Nabi berkata, “Man sanna fil Islam sunnatan hasanah,” yang bermaksud siapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah yang baik. Sunnah yang baik itu bukan merujuk pada perkara yang tidak ada, tetapi pada perkara yang Nabi telah ajar tetapi belum dilakukan oleh orang ramai. Contohnya, orang mati, patutnya keluarga yang tak mati menghantar makanan kepada keluarga si mati. Tapi dalam kampung kita, tok lebai masih pergi ke rumah si mati untuk makan sedangkan benda itu dilarang oleh hadis Nabi. Nabi menyuruh kita menyediakan makanan untuk kaum keluarga Jaafar yang telah meninggal.
Nabi berkata kepada sahabat-sahabat untuk menghantar makanan kepada keluarga Jaafar. Keluarga mereka dalam kesusahan. Namun, kita sering kali pergi ke rumah si mati, makan makanan di sana, sedangkan Jalil bin Abdillah al-Bajali berkata, “Kami menganggap berhimpun di rumah si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam meratapi kematian,” yang dilarang dalam Islam.
Di kampung kita, jika orang tak buat, kita yang mula buat. Jika ada orang mati, kita hantar makanan. Itu adalah sunnah Nabi. Bila kita memulakan perkara yang baik yang Nabi telah ajar tetapi orang tak buat, maka itu adalah sunnah hasanah.
Nabi bersabda, “Man sanna fil Islam sunnatan hasanatan,” yang bermaksud siapa yang memulakan dalam Islam satu sunnah yang baik, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengikutinya. Jadi, maksudnya adalah kita memulakan perkara yang baik yang sudah diajar oleh Nabi, tetapi belum diamalkan oleh orang ramai.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak