Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Betulkah ada larangan dalam hadis tentang tidur selepas Subuh?
Hamba Allah Tweet
Betulkah ada larangan dalam hadis tentang tidur selepas Subuh? Secara umum, saya wallahualam tidak berjumpa hadis yang melarang tidur selepas Subuh, atau hadis yang menyatakan larangan tidur pada waktu Asar. Hadis-hadis yang ada mengenai tidur selepas Subuh tidak kuat.
Namun, Nabi SAW menyuruh supaya seseorang itu bersegera dalam melakukan amal, dan banyak hadis yang menekankan kepentingan melakukan sesuatu dengan segera. Tetapi, dalam konteks kehidupan seseorang, mungkin dia bekerja malam dan tidur selepas Subuh sebagai ganti waktu tidur malam. Ini adalah berdasarkan keperluan individu, seperti seorang yang bekerja malam dan perlu tidur pada waktu pagi.
Agama Islam itu luas dan fleksibel dalam urusan kehidupan. Seseorang boleh mengatur kehidupan mereka berdasarkan keperluan selagi mana ia tidak menyanggahi al-Qur’an dan Sunnah. Allah Subhanahuwataala tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Terima kasih banyak, tuan-tuan. Saya minta maaf kerana tidak ada persediaan yang lebih baik.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak