Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Hadith Berbeza Keadaannya dengan al-Quran
Hamba Allah Tweet
Berbeza dengan hadis-hadis, yang sangat banyak, maka apabila seperti mana yang kita tahu, pada peringkat awal para sahabat amanah terhadap hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Namun, apabila berlaku perpecahan dan perbalahan, ada sahaja orang yang nak mempertahankan hujahnya. Dia pun menjadi hal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabdalah Rasulullah sekian-sekian untuk mempertahankan hujah sedangkan Rasulullah tidak pernah mengucapkannya pun. Tujuan dia semata-mata untuk mempertahankan apa yang disebut atau mazhabnya atau aliran. Maka, dengan itu tersebarlah ajaran hadis ataupun tersebarlah hadis-hadis palsu sejak zaman para sahabat lagi.
Tetapi, bukan para sahabat yang melakukannya setelah wafatnya Rasul. Kerana pada zaman Rasul, tiada masalah ada perselisihan pendapat tentang hadis. Orang rujuk kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tapi, selepas Rasulullah tidak ada, maka orang menyebut hadis-hadis yang Rasulullah tidak sebut. Maka sahabat terpaksa dirujuk, para rawi terpaksa disemak, rangkaian hadis terpaksa diperiksa daripada siapa kepada siapa dan latar belakang riwayat terpaksa dilihat dari sudut kekuatan ingatannya, kejujurannya, akhlaknya, di sudut tahun mati dan hidupnya, untuk memastikan dia benar-benar bertemu dengan rawi yang telah meriwayatkan itu dan rawi itu benar-benar amanah mengambilnya daripada jalan seorang kepada seorang sehingga kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hadis palsu disebut juga dengan hadis Rasulullah ataupun hadis muftal ataupun hadis muftallah, iaitu hadis yang direka. Hadis yang direka ini yakni direka, nabi tak kata dia kata nabi kata. Dinamakan dengan…
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak