GISB Tolak Dakwaan Sokong Ajaran Sesat #MGFlash
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

GISB Tolak Dakwaan Sokong Ajaran Sesat #MGFlash

Kita ke berita berikutnya. Global Ikuan Sendirian Berhad, yang beroperasi di 20 negara, menyangkal dakwaan bahawa syarikat itu menyokong ajaran yang difatwakan sesat di Malaysia. Menurut syarikat tersebut, pihaknya sentiasa mengutamakan pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan, selaras dengan prinsip Islam yang dijunjung.

Dalam kenyataan GSB Holdings Berhad, mereka berkata bahawa sejak penubuhan pada 23 Oktober 2013, syarikat itu tidak pernah terbabit atau menyokong mana-mana ajaran yang difatwakan sebagai sesat oleh mana-mana negeri di Malaysia. Katanya, cubaan mengaitkan GSB dengan penyelewengan akidah adalah bertujuan merosakkan reputasi syarikat yang mematuhi ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

GSB menurutnya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan pihak berkuasa agama negeri-negeri bagi memastikan segala isu terbabit dapat diselesaikan secara telus dan adil. Syarikat itu juga meminta pihak terbabit menilai dengan adil dan bijaksana, serta mengelakkan daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Muhammad Naim Mokhtar, mengesahkan bahawa akan ada libat urus dengan wakil syarikat GSB. Syarikat itu didakwa ada kaitan dengan ajaran sesat seperti Al-Arqam dan Rufaka, antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak