Gelaran Amirul Mukminin
Tags: ( Gelaran, Amirul, Mukminin )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Amirul Mukminin adalah gelaran kepada pemerintah khalifah Islam

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Amirul Mukminin adalah gelaran kepada pemerintah khalifah Islam, Umar bin Khattab, dan khalifah-khalifah selepas daripada itu. Pada zaman Abu Bakar Siddiq, tidak ada gelaran Amirul Mukminin. Orang memanggil Abu Bakar Siddiq sebagai Khalifah Rasulullah.

Selepas daripada Abu Bakar, Umar bin Khattab mengambil tanggungjawab amanah pemerintahan. Orang memanggilnya kadangkala dengan Khalifah Abu Bakrin, Khalifah Abu Bakar, kerana khalifah bermaksud pengganti. Kadangkala mereka panggil dia Khalifata Khalifati Rasulullah, pengganti kepada pengganti Rasulullah.

Umar ini seorang pemerintah yang bijak dan jauh pandangannya. Tuan-tuan tahu, bahawasanya Abu Bakar Siddiq memerintah hanya 2 tahun lebih dan tidak banyak perkara yang dapat dibuat oleh Abu Bakar. Pemerintahannya hilang gemilang kerana tempoh masanya singkat. Kelebihan Umar ialah Allah menakdirkan umurnya panjang. Semasa pemerintahan dia, sempat memerintah 10 tahun.

Umar Ibnu Khattab berfikir panggilan ini agak kurang sesuai kerana dia fikir nanti mari orang berikutnya, dia akan dipanggil Khalifata Khalifati Khalifati Rasulullah, pengganti kepada pengganti kepada pengganti Rasulullah. Semakin lama, semakin panjang gelaran tersebut.

Satu hari, dengan berbagai riwayat, sebahagian kata Umar, maaf, sebahagian kata orang lain, mereka menyatakan dia, Umar, mendengar orang memanggil dia, “Ya Amirul Mukminin, wahai pemerintah orang-orang Mukminin, wahai ketua.” Amir ini bermakna ketua orang-orang Mukminin. Tuan-tuan, Amir makna lain. “Ya Amirul Mukminin, wahai ketua orang-orang Mukminin,” kata Umar. “Asap tak atau asap tuna betul kamu berdua ataupun betul kamu antumun Mukminun wak Ana amirulkum kamu orang-orang beriman dan aku pun pemimpin kamu.”

Maka panggilan Amirul Mukminin itu menyenangkan hati Umar, dan selepas daripada itu, Umar dipanggil dengan Amirul Mukminin. Umar bin Khattab radhiallahu anhu.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak