Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam
Hamba Allah Tweet
Forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh majlis. Tuan-tuan, saya dah sebut banyak kali, identiti negara ini ialah Islam. Orang menganut Islam, apa masalahnya? Bahkan kita mesti kempen untuk orang menganut Islam. Tetapi, saya lihat kelemahan orang Islam bila kita ada masalah berpecah-belah, eksotik dan seumpamanya.
Sekarang ramai orang ambil kesempatan. Dorang tak takut dengan kita. Kemudian, di kalangan orang Islam tu sendiri, kadang-kadang saya tahu ada berapa masalah tentang jenazah di Perlis. Kita putuskan tentang jenazah masuk dalam masalah jenazah ni, tapi benda ni hendaklah dibincang dengan cara yang elok, bukan mencabar isu-isu Islam itu.
Dan pihak orang Islam sendiri, bukan salah Islam, pihak pengurusan Islam tu sendiri mestilah kemas kini benda tu. Di Perlis, pandangan berbeza dalam hal ni meski fatwa mana. Jenazah yang confirm orang Islam memang orang Islamlah kan? Mana jenazah yang diragui statusnya, kan? Kalau ada kata Islam, nabi kata Islam, kita serahkan kepada keputusan orang yang tahu di kalangan keluarganya.
Kalau takde siapa tahu, keluarga dia kata tahu, kita susah pasal dia masa hidup pun tak jelas pada kita. Kita nak bertahan macam mana? Dan kita takkan berdasarkan jenazah tu pada nama je, hakikat. Sebab tu di Perlis, berapa banyak jenazah di Perlis ni, Siam nama dia Islam, bukan nama Islam, nama-nama Arablah kan? Nama Halimah binti sekian-sekian tapi dia tidak Islam. Dulu bapa mereka ni kadang-kadang kahwin dengan wanita Siam, duduk di situ dan amalkan agama Siam.
Bila lahir anak, dia pergi pejabat pendaftaran, dia kena bubuh nama Islam. Tu takde, tak boleh. Anak ni tak pernah sehari pun kenal Islam. Mati kes ni, saya pergi, penuh orang Siam keluar dengan polis dengan apa, kita jangan takut, kita pun tak mahu. Dia pun masa hidup tak pernah mari muncul kat kita kata Islam, siapa ni. Ambil je lah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak