Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Dua Guru Agama dari Yemen Sebar Ajaran Sesat di Terengganu
Hamba Allah Tweet
Kerajaan negeri Terengganu berjaya menghalang cubaan dua guru agama dari Yaman untuk menyebar fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada akhir tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Gazali Taib, berkata kegiatan mereka dikesan oleh Jawatankuasa Pemantauan Khas di bawah Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu.
Menurut beliau, apabila menyedari kegiatan mereka dikesan, kedua-dua guru agama itu meninggalkan Terengganu dan pulang ke negara asal mereka. Pada masa yang sama, mereka menanam fahaman yang tidak sesuai dengan masyarakat yang kita amalkan, iaitu pegangan Imam Syafii. “Ini kita pantau, dan insyaAllah, setakat hari ini, kita berjaya mengatasi situasi yang berlaku. Walaupun pernah satu ketika, kita dapat mengesan ada beberapa orang pengajar yang tidak jelas,” jelas Gazali.
Terengganu tidak pernah menghalang mana-mana guru agama dari negara luar untuk datang berdakwah. Namun, dakwah tersebut mestilah mengikut mazhab Syafie bagi mengelak wujudnya unsur ajaran sesat yang boleh mencetuskan kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan rakyat.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak