Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Dr MAZA - Makanan Yang Tiada Cop Halal Jakim
Hamba Allah Tweet
Baru-baru ini, kawan saya ada beli cendawan, tetapi tiada cop halal. Yang saya tahu, cendawan adalah sayuran dan halal dimakan melainkan yang beracun. Soalan saya, boleh atau tidak makan makanan yang tidak mempunyai cop halal dari JAKIM? Banyak elektrik, tuan-tuan.
Yang pertama ialah, semua makanan yang pada asalnya halal dikira halal sehingga terbukti haram. Kalau kita tengok, sayur adalah halal. Kalau ada orang timbul kemungkinan ada unsur haram, ia jadi syubha (syubhat). Tapi, selagi tidak terbukti jelas kepada kita, makanan itu dikategorikan sebagai halal. Cumanya, bila timbul ada orang kata itu ini, kita nak mengelakkan syubha. Mengelakkan syubha adalah tanda warak, dan itu sesuatu yang baik. Jadi, kalau tak ada cop halal pun, makanan itu tetap halal. Makanan yang tak ada cop halal JAKIM belum tentu haram. Makanan yang ada cop halal JAKIM sepatutnya memang halal, tetapi kalau tak ada, kita pergi makan di kedai-kedai tepi jalan yang tak ada cop halal, pun boleh.
Mat Bedah dan Pak Man mungkin tidak ada cop halal di kedai mereka, tetapi mereka mungkin memasak di rumah. Jika tiada cop halal di hotel, tetapi hotel tersebut ada cop halal, anda boleh makan di situ. Di kampung, jika tiada cop halal, anda boleh makan, melainkan makanan tersebut datang daripada luar negara yang kita langsung tak tahu. Banyak perbincangan tentang ini, jadi kita perlu tengok bahan yang mengandungi lemak dan pelbagai bahan lain. Bagi mereka yang duduk di Eropah atau negara yang Muslim minoriti, mereka boleh membaca bahan-bahan tersebut. Jika tiada apa-apa yang meragukan, mereka boleh makan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak