Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Amil-amil yang dilantik mengikut wilayah jangan menceroboh wilayah lain?
Hamba Allah Tweet
Okey, di Malaysia, kita ada sempadan masing-masing. Wilayah Persekutuan ada sempadan, Selangor ada sempadan, Johor ada sempadan. Selangor ada sempadan. Boleh tak kita sepakat malam ini, amil-amil yang dilantik mengikut wilayah jangan menceroboh wilayah lain?
Saya berkata begitu begini, kalau saya ada anak perempuan, saya tak benar orang berwalikan anak perempuan saya. Kalau nak berwalikan anak perempuan saya, mesti berwakil wali akan daku. Saya tak pasti adakah atas nama maslahah kita benarkan amil yang dilantik di Perlis mengutip zakat di wilayah kami. Di wilayah kami tak reda, saya tak pasti. Sahih Busan, maaf Datuk. Er, tamyis reda amil Perlis pergi kutip zakat di Selangor atau di Johor. Itu persoalan yang perlu kita selesaikan pada malam ini.
Kalau kita kata jangan langgar sempadan, maka kita ijmakkan perkara ini. Ilmu usulfiqh mengatakan ‘man yukhaliful ijma’ fahuwa kafirun’. Eh, ini dalam kitab usulfiqh, eh tak ada kena mengena dengan malam ini.
Pertama, selain daripada soal fatwa, yang perkara yang paling penting juga ialah soal akhlak bagi kita semua.
Perkara akhlak yang penting ialah kita menasabkan gaul kepada orang yang kata tu benar setelah kita tabayyun adakah dia kata ataupun dia tak kata. Ini pentinglah. Termasuk juga tuduhan begitu.
Juga, saya kena sebutlah pasal rebabit negeri. Pertama, berhubung dengan amil zakat ni, tidak ada amil yang dilantik di negeri lain. Maksudnya yang ada ialah negeri lain datang membayar ke Perlis. Ada dan kita tahu juga ada orang Kelantan balik bayar di Kelantan, ada orang Perak balik bayar di Perak.
Jadi, nak kata melantik ke negeri-negeri lain amil itu memerlukan bukti surat dilantik menjadi amil dan ini adalah soal akhlak kita dalam kita berinteraksi antara satu sama lain.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak