Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Dr. Asri: Adakah Pejuang di Palestin yang Mati Itu Syahid?
Hamba Allah Tweet
**Adakah pejuang Palestin syahid?**
Takkan tuan tanya sorang? Takkan tak syahid, dia jadi apa, tuan-tuan? Kalau dia berjuang bukan untuk Palestin, kalau dia berjuang untuk Islam dan tanah air, maka itu adalah sesuatu yang berbeza. Islam bukan sekadar hamiatan, tetapi kerana dia tanya nabi, “Siapa yang dikatakan jihad Fisabilillah?”
Rajulun yuka tiru hami yatan, ada orang yang berperang kerana ingin menunjukkan semangat negeri dia. Wahyuka, tu lulus uqala sujaan. Dia berperang agar dia dikata berani.
Ayuh, rumah Fisabilillah! Siapa yang berada di sabilillah? Nabi kata, “Aladdin Ayu katilu nalik, Alai kalimahtilahi al Aulia.” Aladdin, Aladdin yukatiluli Alai kalimahtilahi al Aulia. Orang yang berperang supaya kalimah Allah jadi paling tinggi, dia disafi Fisabilillah.
Kita tak tahulah yang mati tu; kita husnuzanlah, sangka baik pada dia. Apa pun, hati mereka, Tuhan yang tahu. Pada zaman nabi, ada orang yang berperang bersama dengan nabi pun, nabi tak kata dia syahid. Ini kerana tujuan dia lain, walaupun mati bersama dengan tentera nabi.
Maka, orang yang berperang pada jalan Fisabilillah di Palestin, berperang menentang Yahudi, kita katakan mati syahid pada zahirnya. Adapun urusan batinnya, kita tak ketahui. Setiap orang ada perasaannya sendiri di sisi Allah dan niatnya sendiri, yang maha diketahui oleh Allah Subhanahuwataala.
Namun, kita mendoakan agar Allah menjadikan niat kita semua ikhlas dan niat mereka juga ikhlas, supaya mati mereka tidak sia-sia. Semoga perjuangan mereka diterima dan menjadi saksi kebenaran di hadapan Allah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak