Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Apakah dosa juga akan kena juga kepada kita bila pemimpin membuat mungkar?
Hamba Allah Tweet
Bila pemimpin pemerintah melakukan maksiat kezaliman, kita tidak bertanggungjawab. Kita tidak berkongsi dosa dia, melainkan kita tahu dia tu memang melakukan kemungkaran, kita lantik juga. Maka begitu, maka pada ketika itu kita berkongsi saham sama segala maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Yang tak berdosa ini pemerintah yang kita tahu dia memang benci kepada judi, benci kepada arak, benci kepada kezaliman, cukup adil kepada rakyat. Kita pun pimpin lantik dia sebagai pemimpin, kita beri undi kepada dia. Bila dia berkuasa dia melakukan kezaliman dan derhaka maksiat, kita tidak berkongsi dosa. Sekarang jelas, memang jelas pemimpin yang suka kepada maksiat, suka ke joget, suka ke rapuan, paling besar raba rapuan, tak puas raba, peluk pinggang pula.
Kita tengok tok-tok imam, wak-wak nampak ustaz-ustaz yang kena beli pun buat pejam mata. Habis kena beli kerana sedikit upah yang sedikit. Sebagai nak usik periuk nasi anak-anak. Hina manusia lebih hina daripada lembu kambing, sanggup mendiamkan kezaliman, kemungkaran, bahkan memberi sokongan walaupun nabi telah berkata, “Walastuminhu,” dia bukan daripada umat aku orang yang tolong pemerintah yang zalim sokong masuk dalam api neraka. Sama ada menteri ataupun siapa-siapa, doktor ke tok imam ke syeikhul Islam ke, tak kira menyebelahi orang zalim masuk dalam api neraka.
Bahkan dalam satu hadis, kalau nabi melakukan kezaliman, maka nabi akan dicampak dalam api neraka. Nabi tu hang nak buh dalam api neraka, tapi nabi maksum suci daripada dosa. Itu siapa bencinya Allah Taala kepada kezaliman. Kalau nabi melakukan satu kezaliman, Allah akan cabut pakaian kenabian dihumban masuk dalam api neraka.
Sebab tu lah tolong khabarlah mereka yang memberi undi kepada orang yang melakukan kezaliman baru-baru ini supaya bertaubat dengan segera. Mudah-mudahan sempat taubat sebelum mati. Kerana dosa memberi sokongan kepada pemerintah yang melakukan maksiat adalah sama dosa dengan menentang ajaran Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Sehingga dengan hukum dia kencing berak di atas Quran dia sendiri.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak