Dosa Ke Kalau Di Rasuk Jin
Tags: ( Di, ke, Jin, Kalau, Dosa, Rasuk )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Apakah seseorang itu berdosa sekiranya dia bermulut jahat disebabkan oleh rasukkan jin belaan orang? Ini kerana dia telah didinai oleh orang yang bela jin, yang hantar kepada jin terus menerus. Adakah kes ini dikira terkena sihir? Apabila dia berubat, dia dikatakan dirasuk oleh jin belaan orang yang dihantar kepadanya. Bagaimanakah kita hendak mengenal perempuan yang telah disentuh jin atau suci daripada disentuh jin seperti bidadari di dalam syurga?

Baik, bagaimana pula maknanya kalau orang itu kena rasuk jin dan dia buat benda-benda yang haram? Maka, jawab setengah ulama, dia tidak berdosa kerana hilang akal, seperti orang gila. Orang gila tak kira masa gila, bukan dia yang sengaja buat. Kalau dia sengaja buat jadi gila maka dia berdosa. Dia belajar satu ilmu yang orang larang, dan dia nak mengaji juga ilmu tu, akhirnya jadi gila. Maka dalam gila itu dikira berdosa juga. Tapi yang ini bukan sihir. Kalau jin ni biasanya dikhianat. Itu benda-benda yang dipuja oleh iblis dan sebagainya.

Kalau balik siang ini panggil anak kerak, anak kerak ini maknanya budak yang mati beranak. Dia cari apa semua orang tanam, bayi itu dia layur sampai kering, dia jemur, dia layur, dia puja. Anak kerak itu dijadikan alat untuk mengenakan orang. Mereka beli dari tok char dan dipuja oleh mereka yang niat jahat. Maknanya tok char itu puja untuk mengenakan orang, bukan untuk benda-benda molek. Jadi bila kena rasuk jin, dia bercakap mengarut semua, tak berdosa kerana dia hilang akal, bukan dia sengaja. Dia dikhianati oleh orang. Bila pergi berubat, orang pun sembahyang hajat semua, terkena buatan orang. Tapi ingat, yang berkuasa penuh adalah Allah Subhanahu wa Taala.

Adakala Tuhan melambatkan proses penyembuhan, berubat sudah tak sembuh juga. Ada juga yang berubat sembuh, ada hikmah belaka. Ia berjalan mengikut kehendak Allah, bukan kehendak kita yang berubat sekali baik. Sebab itu dibuatkan para nabi, adakalanya berubat lambat baik. Supaya kita tahu nabi pun lambat baik sampai anak bini lari. Harta benda semua hilang, seperti Nabi Ayub. Jadi, perbuatan yang menggunakan jin ini memang nabi tidak mengaku umat.

Kalau tidak mengucap semula, maka jadi kafir. Sebab itu orang yang bela jin ini ulama kata dikurung dalam rumah, tidak pernah keluar. Dia kena hukum kurung dalam mutafsir dan buang negeri. Jenis yang buat korang nak hajat itu hukuman buang negeri. Khianat korang.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak