Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Namun, kita perlu lihat apa yang Nabi katakan kepada mereka.
Hamba Allah Tweet
Bila mereka rasa ketiga-tiga orang sahabat ini, perawi pun tidak menyebut mereka bertiga, mereka berfikir bahawa Nabi ini tidak terlalu banyak kira-kira tentang sembahyang dan puasa. Namun, mereka mula mendapat satu akal lain. Mereka berkata, “Di manakah kedudukan kita dibandingkan dengan Nabi? Nabi telah diampunkan dosanya, apa yang telah lalu dan apa yang kemudian.”
Mereka pun berfikir balik dan berkata, “Kita tak perlu kira Nabi, dia sudah diampunkan semua dosa. Yang perlu risau adalah kita.” Maka, mereka pun mula berfikir untuk melakukan lebih daripada apa yang Nabi lakukan. Sesetengah orang bila kita perbetulkan sembahyangnya, dia akan berkata, “Tak apa, Nabi itu Nabi. Kita perlu lebih memperkemas.” Mereka berfikiran bahawa mereka perlu berusaha lebih untuk mencapai taraf yang lebih baik kononnya.
Inilah sebabnya Imam Syafi’i berkata, “Barang siapa yang melaksanakan sesuatu yang diada-adakan, sesungguhnya dia mencipta syariat yang baru.” Mereka berfikir dengan cara begini, bahawa tidak perlu ikut Nabi secara tepat kerana Nabi itu nabi, kita yang biasa ini perlu melakukan lebih. Mereka fikir, kalau Nabi sembahyang banyak itu sahaja, kita perlu buat lebih. Kalau Nabi selawat dulu, kita perlu selawat dengan cara yang lebih.
Igauan ini berlaku dalam fikiran ketiga-tiga sahabat tersebut sehingga berita itu sampai kepada Nabi. Salah seorang daripada mereka berkata, “Adapun aku, aku akan sembahyang malam sentiasa, tidak mahu tidur.” Ini adalah jenis wali yang malamnya tidak tidur, air wuduknya antara waktu Isyak dan Subuh hanya dengan satu wuduk. Sahabat ini mencuba untuk memberitahu Nabi.
Sebab itu saya katakan, buku *Fada’ilul A’mal* yang dibaca itu, walaupun mengandungi banyak perkara yang baik, mesti dinilai juga berapa banyak cerita-cerita yang ada dalamnya, walaupun bunyinya hebat tetapi menyanggahi sunnah dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Sahabat ini mencuba untuk tidak tidur dan hanya sembahyang sepanjang malam. Kalau kita ikut logik, apa salahnya? Betul tak? Sembahyang memang Nabi ajar, cuma kita tambah sembahyang malam dan tidak tidur. Kita duk gelut, daripada tengok bola atau tengok perkara karut, apa salahnya kita sembahyang?
Namun, kita perlu lihat apa yang Nabi katakan kepada mereka. Salah seorang lagi berkata, “Adapun aku, aku akan berpuasa sepanjang hari dan aku takkan buka puasa.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak