Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Di mana ahli GISB solat Jumaat?
Hamba Allah Tweet
Di JSB, Ana pernah bekerja di Katil Home, yang terletak di kawasan yang sama. Ana juga merupakan penduduk di Adenium. Kehadiran Ana di sini adalah untuk mendapatkan pencerahan tentang isu yang sering bermain di fikiran. Ana perhatikan, staf-staf Ikhwan yang ramai tidak kelihatan semasa solat Jumaat. Sebagai contoh, di Katil Home, ramai staf lelaki tiada di BCH atau surau Jumaat lain, dan perkara yang sama berlaku di Adenium.
Ana tinggal berhampiran rumah anak yatim di corner lot, dan saya kenal dengan Kak Mat serta yang lain-lain di bakery dan wiring di Adenium. Namun, waktu solat Jumaat, staf-staf tidak kelihatan. Jadi, soalan Ana, di mana antum menunaikan solat Jumaat? Jika ia dilakukan di premis sendiri, adakah ia mendapat kebenaran dari JAKIM atau JAIS?
Terima kasih atas perhatian antum, namun kami mendapati ramai yang menyayangi kami, walaupun ada di luar sana yang tidak solat. Mengenai solat Jumaat, ia memang wajib bagi lelaki dan insyaAllah kami menunaikannya. Jika kami tidak dilihat, bukan bermaksud kami tidak solat.
Kadang-kadang, apa yang dikatakan sebagai andaian ini patut ditegur dengan cara baik, lebih-lebih lagi jika teguran diberikan secara berdepan, bukan melalui media. Kami hargai teguran, tetapi kami insyaAllah menunaikan solat. Ada juga situasi di mana kami bergerak untuk urusan lain seperti membeli barang, dan singgah di masjid yang berdekatan.
InsyaAllah, kami akan terus memperbaiki diri. Terima kasih kerana prihatin, dan semoga kita semua dapat mengagungkan Allah melalui solat kita.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak