Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Allah Taala ini seru semua, bukan orang pergi seru satu-satu juzuk saja.
Hamba Allah Tweet
Dan seruan para nabi kepada orang ramai supaya beristighfar kepada Allah Subhanahuwataala boleh kita baca dalam surah Nuh. Nabi Nuh Alaihissalam dia nasihatkan kaumnya. Nabi Nuh mengadu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, aku dakwah aku suruh kaumku malam dan siang, tetapi tak menambah apa-apa seruanku melainkan mereka lari saja.”
Tuan-tuan, Nabi Nuh dakwah kepada kaumnya kempen tak berhenti, kempen berterusan. Ugama ini kempen berterusan. Tuan-tuan jadi ustazkah, tuan-tuan tak jadi ustazkah, kempen agama berterusan. Pendakwah ini bukan ada hari dia berhenti, pencen dakwah tak ada. Di mana sampainya orang Islam, di situ sampainya dakwah. Tak ada dalam agenda dakwah ini, “Ha ni musim dekat dah ni kita kena mula berceramah.” Tak ada yang tu. Orang yang dakwah kena cari habuan saja. Adapun orang dakwah tak ada musim dia. “Aa ni musim dekat ni nak kena pulun sikitlah.” Tak ada yang ni tak ada.
Allah Taala ini seru semua, bukan orang pergi seru satu-satu juzuk saja. Bab sembahyang pun orang tak habis.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak