Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Adakah perbuatan mempercayai dakwaan soalan bocor itu menggugat akidah seseorang Muslim, Datuk?
Hamba Allah Tweet
Datuk mendakwa Allah menyuruhnya memainkan peranan untuk menyampaikan kepada seluruh umat Islam dengan memberi “soalan bocor”. Bagaimana soalan bocor untuk menghadapi sesuatu kejadian? Sebab memang bunyi tu kedengaran lucu, Datuk. Namun, ramai sangat umat Islam kita yang percaya, lebih-lebih lagi doa yang dikongsi untuk mengelakkan manusia jatuh ke dalam api neraka itu memang wujud dalam al-Quran. Maka, ramai mempercayai khidmat soalan bocor tersebut.
Adakah perbuatan mempercayai dakwaan soalan bocor itu menggugat akidah seseorang Muslim, Datuk?
Aha, terima kasih. Seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, kita dulu kalau siapa masih ingat ada surat berantai. Ya, siapa masih ingat dulu surat berantai? Surat berantai ini dakwaan kononnya dia berjumpa dengan nabi dan kemudian disuruh pula setiap orang menyampaikan. Kalau kita tengok kepada inti kandungannya, ia tu macam nasihat yang baik, tapi kita kena tahu di belakangnya itu ialah untuk mengangkat orang yang bermimpi atau orang yang berjumpa dengan nabi itu.
Ini juga perkara yang saya sebutkan tadi, bahawasanya kalau dia kata Allah memerintahkan dia, dia ertinya tak nampak. Maksudnya, dia mendakwa dia bernama, dia seakan-akan adalah nabi yang diutuskan ataupun rasul yang diutuskan dengan satu perintah daripada Allah. Kerana wahyu telah terputus.
“Alyoma Akmal tulakum dinar” – hari ini telah aku sempurnakan agama kamu. Tapi kalau lagi Allah masih menurunkan perintah-perintahnya untuk disampaikan kepada manusia, bererti orang yang menyampaikan perintah itu dia adalah rasul. Rasul itu Messenger, seorang yang diutuskan oleh Allah. Jika dia dakwa ertinya dia mendakwa dia rasul, itu maksud rasul.
Ini satu dakwaan yang sangat bahaya dan orang yang mempercayai dia bahawasanya dia mendapat mesej daripada Allah, bererti mesej tu dialah Messenger. Dia adalah Rasulullah. Ertinya mereka mendakwa ada lagi rasul selain daripada Nabi Muhammad. Ini sangat bahaya kerana kita wajib beriman bahawa Nabi Muhammad adalah penutup kepada sekalian nabi.
Ada pun mimpi, kalau dia mimpi satu mimpi untuk personal, macam kita tadi, kita pun tak pasti mimpi itu mungkin benar daripada Allah atau mungkin daripada syaitan. Itu tak ada isu, isu personal. Tapi apabila dia kata Allah menurunkan titah kepadanya untuk menyampaikan titah itu pada manusia, ertinya dia claim dia rasul. Siapa yang percaya bererti orang itu percaya dia adalah rasul.
Ini adalah bukan soal kecil, ini soal yang boleh mengeluarkan dia daripada asas akidah yang penting iaitu mempercayai Muhammad bin Abdullah penutup kepada sekalian rasul. Ini sangat bahaya. Ya, baik, terima kasih, prof Datuk.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak