Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Jika stesen TV menyiarkan filem-filem yang ada lakonan orang yang sudah mati dan lakonan itu mengandungi perkara yang tak elok, adakah pelakon itu akan diazab oleh Tuhan?
Hamba Allah Tweet
Soalan ini misalnya: jika mereka menyiarkan filem yang dilakonkan oleh Datuk Shah Rukh Khan setelah beliau meninggal dunia, adakah Shah Rukh Khan akan berdosa?
Ada beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan. Jika lakonan itu bukan lakonan yang berdosa, maka pelakon itu tidak berdosa. Namun, jika lakonan itu mengandungi dosa dan pelakon itu semasa hayatnya sudah menyatakan bahawa dia tidak suka dan telah bertaubat, maka dia tidak berdosa. Sebaliknya, jika sehingga dia mati dia memang suka filem itu terus disiarkan, maka dia berdosa.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa mayat diazab dengan sebab tangisan keluarganya. Namun, Aisyah radhiallahu anha membantah hadis ini. Beliau berkata, mana mungkin mayat diazab kerana keluarganya menangis? Itu dosa keluarga, bukan dosa mayat.
Para ulama membincangkan hal ini. Ibnu Qayyim dalam syarahnya tentang Sunnah Nabi Daud menyatakan bahawa sebabnya ialah kerana si mati reda dengan adat jahiliah di mana bila mati, orang upah menangis. Oleh kerana dia reda dengan perbuatan itu, maka dia juga menanggung dosa tersebut.
Demikian dalam hal ini. Wallahu Ta’ala a’lam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak