Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Doktor, daging lembu tu macam mana? Boleh ke makan semua? Dia kadang-kadang bila dapat semua satu tompok tu, dia makan semua, dia takde sedekah-sedekah sikit. Kan, dia rasa sayang ni, RM700, RM800. Boleh ke? Kan, tambah sekarang ekonomi dia kan?
Hamba Allah Tweet
Aa, jadi em, di sana ada beberapa keadaanlah. Em, kita bincang pasal korban biasa dulu.
Kalau korban tu nazar, memang dia perlu untuk sedekahkan semua berdasarkan pandangan sebahagian fuqaha, antaranya mazhab Syafi’i. Tapi kalau dia bukan dinazarkan, maksudnya kalau korban tu korban biasa, sekurang-kurangnya mesti ada diserahkan walaupun sedikit. Kalau dia makan semua pun, dia kena ganti. Maksudnya dia kena ganti sekadar yang boleh dinamakan sebagai pemberian. Aa, daging banyak mana? Tak tentulah. Banyak mana pun tak ditentukan. Jadi kalau boleh, berilah yang boleh memberi makan kepada orang miskin, dan dia puaslah makan. Mentah ke masak, aa, seeloknya mentahlah untuk diberikan. Masak pun takde masalah.
Tapi aa, para fuqaha berbincang dalam masalah ni, dia kata seeloknya diberikan dalam keadaan yang mentah. Jadi, kena ada juga sikit untuk sedekah. Ya, untuk sedekah. Jadi sebaiknya kan, disebutlah oleh para fuqaha, sebaiknya dibahagi 3: satu itu dia makan sendiri, satu itu disedekahkan kepada orang yang memerlukan (orang miskin), dan satu tu dia boleh bagi pada siapa-siapa yang dia nak bagi. Itu pembahagian yang terbaik yang disebutkan dalam kitab-kitab mereka.
Lepas tu, depa tanya pula bukan takat 3 hari boleh simpan. Ada hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak membenarkan simpan daging korban ni lebih pada 3 hari. Tapi dalam hadis tu disebut oleh ajilidah Fatih daffat di ahli ajilidah Fatin lathi daffat, Nabi kata, Nabi larang tu disebabkan oleh ada orang yang datang daripada luar Madinah. Hmm, yang datang ke Madinah itu dan mereka memerlukan daging, jadi jangan simpanlah bagi dia orang makan. Hmm, aa, tapi apabila aa, rombongan itu telah balik dan tidak ada keperluan lagi untuk memberi makan secara segera, maka dibenarkan untuk menyimpan walaupun lebih daripada 3 hari lah. Hmm, jadi maksudnya orang kita ni boleh simpan lebih pada 3 hari. Boleh simpan lebih pada 3 hari. Ha, tapi seeloknya dia sedekah semualah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak