Cara Mendapat Lailatul Qadar Bagi Orang Yang Berkerja Malam
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Apa yang dia boleh lakukan sebagai pengisian dalam mencari harta?

Aa, sebelum saya serahkan kepada Doktor Rora, ada penonton kita yang bertanya: Bagaimana jika seseorang yang bekerja pada waktu malam, seperti pengawal keselamatan, pekerja kilang, dan lain-lain, tak sempat untuk duduk senyap bermunajat dan membaca Quran? Apa yang dia boleh lakukan sebagai pengisian dalam mencari harta? Apa pada pendapat Doktor Maza?

Manusia ada berbagai-bagai keadaan, ya. Aa, kalau sekiranya macam yang saya kata tadi, kadang-kadang orang tu dia bertugas, tugas itu pun sebahagian daripada pahalanya. Mungkin apabila dia tahu malam ini malam Lailatul Qadar, dia kena jadi guard, dia ambil mudah dan ikhlaskan niatnya. Dia berkata, “Ya Allah, aku sebenarnya hari ini kena jadi jaga, bertugas. Aku nak pergi duduk di masjid tak boleh, tapi ibadat ini banyak istighfar, kan? Sebab itu kita ‘wabil Ashari mustaghfirun’, pada waktu sahur mereka beristighfar.”

Maka, dia pun beristighfar kerana terpaksa berdiri dan tak boleh nak solat. Dia boleh bertasbih, dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi, seperti yang selalu saya sebut, Quran selalu menyebut pada waktu sahur beristighfar. Cubalah, tetapi agama bukan untuk dicuba, tetapi laluilah segala pengalaman. Tidak ada pengalaman lebih hebat daripada seorang yang melazimi istighfar. Allah akan membukakan untuk kita apa yang kita tak sangka dan akan memberikan kehidupan kepada kita apa yang orang tidak duga. Kehidupan itu bukan soal yang orang nampak dalam live yang kita buat ini. Amin.

Kehidupan ialah apa yang ada dalam dada kita. Syekhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah pernah berkata, “Aku bimbang orang yang tidak mendapat syurga di dunia ini, di dadanya, dia tidak mendapat syurga di akhirat kelak.” Sebab itu, manusia yang mukmin di dalam dadanya ada syurga, ada kenikmatan. Sebab itu, para sahabat Radhiallahu Anhu mereka terpaksa menghadapi macam-macam.

Sebab itu, al-Quran apabila disebut tentang orang-orang yang berkiamun, Allah Subhanahuwata’ala bagi tahu bahawa Allah tahu di kalangan kamu ada orang yang marda, ada yang sakit. Mereka boleh baca Quran sambil menunggu, baca Quran bila ada ruang, solat 2 rakaat, berdoa. Ramai orang fikir kalau malam Lailatul Qadar nak doa saja, tak apa, boleh.

Imam al-Rahimahullah Taala dikatakan apabila dia melihat cahaya keindahan malam Lailatul Qadar, lalu dia telah mendapat kurniaan Allah yang besar sehingga dia menjadi imam yang besar. Tapi Lailatul Qadar itu bukan untuk doa saja. Lailatul Qadar itu sebenarnya ibadah kita. Doa itu salah satunya, takpe lah kita doalah, tapi kadang-kadang orang fikir Lailatul Qadar hanya untuk doa saja.

Allah pun maha adil, Dia mengetahui hamba-hambaNya. Dia memberi rahmatNya yang luas, tetapi tentu orang-orang yang sentiasa mencari Lailatul Qadar dan beribadat sepanjang tahun, terutama pada bulan Ramadan, akan mendapatnya. Dan saya percaya ramai orang mendapat Lailatul Qadar, mungkin dia bertanya, “Aku dapat ke tak?” Kalau dia memang 10 yang akhir, dia beribadat, dia memang mendapatnya. Mudah-mudahan, insyaAllah, insyaAllah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak