Budaya Dan Agama Mempengaruhi Perjalanan Politik Kita?
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Siapakah calon wakil rakyat atau pemimpin seterusnya?

Persoalan awalnya, saya mulakan dengan Prof Media, Datuk, untuk kita bercerita tentang pemilihan seseorang figura politik atau perjalanan politik negara. Sering kali, kita dibayangi dengan faktor-faktor budaya dan agama. Dalam perihal ini, kita tidak boleh lari daripada dua faktor ini yang akan menentukan siapakah calon wakil rakyat atau pemimpin seterusnya. Apa komen Datuk sebagai mukadimah awal dalam wacana pada malam ini?

Assalamualaikum warahmatullah, alhamdulillah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Terima kasih kepada tuan moderator, kedua-dua ahli panel yang lain, serta pihak penganjur yang menjemput saya ke bawah tanah Sinar kali ini. Sebelum saya menjawab persoalan yang telah dikemukakan, saya ingin mengucapkan tahniah dan semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada pihak *Rasuah Buster* yang telah berusaha untuk menentang atau menghapuskan rasuah di negara ini. Ini adalah satu usaha yang baik. Tahniah khususnya kepada Datuk Shamuddin yang nampaknya bersungguh-sungguh dalam hal ini. Saya sangat kagum dengan ikhtiar, usaha, dan pengorbanan beliau demi masa depan negara kita dan kebaikan rakyat keseluruhannya.

Kembali kepada soalan yang dikemukakan, kita perlu tahu bahawa politik adalah satu bidang yang luas dan asas kepada politik adalah kemaslahatan. Ini disebut secara khusus dalam *siasah syariah* dalam politik Islam. Maslahah adalah asas untuk membolehkan maslahah itu ditegakkan, maka kita memerlukan pemimpin yang berupaya memandu atau membawa rakyat, negara, atau negerinya ke arah maslahah. Untuk mengupayakan pemimpin, dia harus mempunyai satu hal—bukan sahaja seorang pemimpin itu mempunyai idea yang baik, pemikiran yang baik, dan perancangan yang baik—tetapi pemimpin itu juga hendaklah berupaya menjadikan rakyat taat kepadanya.

Untuk membolehkan rakyat taat, banyak elemennya. Soalan tadi berkaitan dengan latar agama dan latar budaya. Jika seorang pemimpin itu, walaupun mempunyai idea yang bagus tetapi bertentangan latar agama dan budaya dengan rakyat yang diperintahnya, mereka mungkin tahu bahawa dia ada idea yang baik tetapi mungkin tidak akan taat kepadanya. Apabila pemimpin tidak ditaati, segala rencana, perancangan, dan kehendak yang disusun, sekalipun baik, tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Oleh itu, jika ditanya kepada saya, saya akan menjawab berdasarkan hal ini. Ada pemimpin yang mungkin kurang bijak dibandingkan dengan pemimpin yang lain, tetapi dia lebih mendapat pengaruh, ketaatan, dan kepatuhan rakyat, maka dia dilantik dalam banyak masyarakat. Sebab itu, kita perlu menyeimbangkan semua unsur-unsur ini supaya ia seimbang. Jadi, jika ditanya kepada saya, adakah pengaruh agama penting? Ya, pengaruh agama penting. Adakah pengaruh budaya penting? Ya, ia penting untuk membolehkan rakyat bukan sahaja tahu pemimpin itu pandai, tetapi juga berkehendak untuk taat kepadanya kerana mengetahui ada *chemistry* dan kebersamaan di antara mereka.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak