Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Bolehkah non-Muslim selamat daripada neraka?
Hamba Allah Tweet
Saya pernah menulis satu artikel tentang “Can a Non Muslim Bisik”, bolehkan non-Muslim selamat daripada neraka. Al-Imam Ibnu Qayyim menyebut hal ini. Bolehkah non-Muslim selamat daripada neraka?
Asasnya berbalik kepada Nabi. Manusia Islam percaya sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran Islam, maka dia tidak diazab oleh Tuhan: “Wama kunna mu’azibina hatta naba’atha rasulan” (Kami tidak akan mengazab sehingga Kami menghantar rasul).
Jangan hairan jika ada orang-orang mungkin di negara China yang besar, di mana pendakwah tidak pergi padanya, di Eropah dan seumpamanya, dan non-Muslim yang tidak tahu untuk membezakan. Mungkin kita kata internet banyak, tetapi bukan semua makcik dan orang tua-tua boleh membaca internet. Jika pergi ke internet, ada macam-macam jenis Islam ada: Qadiani, Syiah, Baha’i, dan macam-macam lagi. Tidak ada siapa yang menegakkan Islam untuk mereka. Tidak ada yang disebut sebagai “iqamatul hujah” atau hujah ditegakkan untuknya. Maka Tuhan menyatakan Dia tidak akan mengazab sehingga Dia menghantar rasul. Jadi, jangan hairan.
Al-Imam Ibnu Qayyim juga berkata, hujah itu hendaklah berdasarkan keadaan. Mungkin sesuatu yang dianggap hujah pada satu zaman bukan hujah pada zaman berikutnya. Mungkin dia seorang saintis yang otaknya bagus. Jika datang seorang pendakwah biasa dan cerita tentang Islam, dia mungkin tidak dapat memahaminya. Seorang saintis pakar jantung, mungkin berkata jantung ini sebenarnya seperti jantung pisang, kerana dia mengaji untuk SPM biologi dan mendapat 8A.
Apabila dia mendengar ulasan yang tidak tepat, dia mungkin berkata Islam ini teruk, bagaimana aku nak ikut Islam? Tidak ada “iqamatul hujah” sehingga seseorang, mungkin seorang profesor besar, datang dengan satu hujah yang akalnya tidak boleh menafikan selain daripada ini adalah agama yang benar. Jika dia menolak kerana nafsunya atau kepentingannya, dia berhak diazab oleh Tuhan. Tetapi jika itu tidak berlaku, dia tidak diazab oleh Tuhan. Itu janji Tuhan, Tuhan tidak menzalimi hamba-Nya.
Mungkin sebahagian besar non-Muslim di Malaysia tidak tahu tentang Islam. Azab itu akan datang kepada kita yang tidak pernah menerangkan Islam kepada mereka, dan kepada mereka yang telah memberikan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan non-Muslim keliru tentang Islam dalam media. Ini adalah tanggungjawab kita untuk menyampaikan mesej yang betul.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak