Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Seorang kata alhamdulillah dan seorang lagi kata insyaAllah. Boleh tak non-Muslim kata?
Hamba Allah Tweet
Saya nak tanya dua soalan. Okey, yang pertama, alhamdulillah. Alhamdulillah, alhamdulillah, satu insyaAllah. Boleh tak? Boleh kata orang yang tak pusing. Dia kata, seorang kata alhamdulillah dan seorang lagi kata insyaAllah. Boleh tak non-Muslim kata?
Boleh, pasal apa tak boleh? Dia yang nak kata kan. Alhamdulillah maksudnya puji untuk Allah. Macam mana nak kata puji untuk Allah? “Oh, all praise to Allah.” Apa nama saksilah, ha Chan Chan, ha ha. Maksud puji untuk Tuhan, saya mahu kata puji untuk Tuhan.
Pas tu saya kata, “Uncle, esok datang saya punya pejabat, insyaAllah.” Maksudnya kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Itu maksud dia. Adakah saya boleh marah? “Aik, uncle, jangan cakap Allah dah.” Tak, saya tak boleh marah, melainkan kalau orang tu cakap Allah kerana dia nak timbulkan provokasi. Dia ambil Allah dia letak di tempat lain, umpamanya ini agama Buddha, dia letak Allah. Itu tak bolehlah, nanti keliru.
Tapi kalau dia cakap Allah, dia cakap insyaAllah, nanti saya tolong. Saya ada kawan di Bukit Mertajam. Kalau orang beli barang pada dia, dia cakap, “Alhamdulillah, insyaAllah saya jual, saya beli.” Di Kelantan, Cina di Kelantan selalu kata alhamdulillah, insyaAllah.
Cumanya, daripada perspektif Islam, adakah orang itu telah jadi Islam? Tidak, kerana kalau nak jadi Muslim, dia kena ucap, “Asyhadulallah ilaha illallah wa asyhadul Anna Muhammad dan Rasulullah.” Saya percaya, menyaksikan tak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, yakni wakil yang dihantar kepada kita untuk menyampaikan ajaran Allah. Baru dia jadi Muslim. Itu pun dia kena kata dengan kepercayaan dia.
Jadi kalau uncle tanya, “Kalau saya kata, ada orang kata saya kata insyaAllah, ada orang Melayu di Perlis marah pada saya,” bagi tahu saya, dia tak boleh marah. Sama uncle, ha ha. Okey, insyaAllah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak