Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Saya nak tanya dua soalan. Okey, pertama, boleh tak non-Muslim kata "Alhamdulillah" atau "InsyaAllah"? Ada orang kata tak boleh, tapi kenapa tak boleh?
Hamba Allah Tweet
Kalau dia nak kata “Alhamdulillah,” maksudnya puji untuk Allah, macam mana nak kata puji untuk Allah? Oh, “all praise to Allah.” Jadi, maksud puji untuk Tuhan, saya mahu kata puji untuk Tuhan.
Contohnya, saya kata, “Uncle, esok datang ke pejabat saya, insyaAllah.” Maksudnya, kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Adakah saya boleh marah jika uncle cakap “insyaAllah”? Tidak, melainkan kalau orang itu cakap “Allah” dengan tujuan provokasi, seperti mengambil nama Allah dan meletakkannya di tempat lain, contohnya dalam agama Buddha. Itu tak boleh sebab nanti keliru.
Tapi kalau dia cakap “Allah” atau “insyaAllah,” misalnya, “InsyaAllah saya tolong,” itu tak mengapa. Saya ada kawan di Bukit Mertajam, kalau orang beli barang dari dia, dia cakap “Alhamdulillah” atau “InsyaAllah.” Di Kelantan, Cina di sana selalu kata “Alhamdulillah” atau “InsyaAllah.”
Dari perspektif Islam, adakah orang itu jadi Muslim? Tidak, kerana untuk jadi Muslim, dia kena ucap “Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah,” iaitu menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baru dia jadi Muslim, dan itu pun dia kena kata dengan kepercayaan dia.
Jadi, kalau ada orang Melayu di Perlis marah pada uncle sebab kata “insyaAllah,” dia tak boleh marah. Okey, insyaAllah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak