Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Boikot Produk Penyokong Keganasan
Hamba Allah Tweet
Yang pertama, jika ada fatwa yang mewajibkan, kita wajib taat. Ulama telah memberikan fatwa. Jika syarikat ini diwajibkan untuk diboikot, maka kita mesti boikot. Kita tidak boleh mengabaikannya. Sekarang ini, kita mengambil keputusan sendiri dan tidak mahu mengikuti ulama. Betul tak? Seolah-olah setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Terdapat 400 orang, 400 fatwa, bukan? Kita kini sudah lari daripada mengikuti Ulul Amri. Ati’ullah wa ati’ur rasul wa ulul amri.
Ulul Amri mempunyai dua pendapat: 1) ulama, dan 2) umarak. Pendapat yang paling banyak di kalangan mufassirin adalah ulama, ahli fiqih, dan ahli agama. Jika Dipertua mengarahkan untuk boikot, maka kita wajib melakukannya.
Boikot ini adalah perkara yang bukan keperluan hidup. Jika ia adalah keperluan hidup, maka ia tidak wajib. Contoh keperluan hidup termasuk beras, gula, minyak petrol, minyak masak, dan sebagainya. Dalam kes pilihan, jika boikot itu disuruh oleh pemerintah, kita wajib taat. Namun, akan ada mudarat yang berlaku, seperti kehilangan pekerjaan. Kehilangan pekerjaan ini adalah mudarat, bukan manfaat. Betul?
Di antara musibah, mana yang lebih besar? Kehilangan 50 pekerjaan atau 5,000 orang dibunuh oleh peluru daripada Hashim yang menyokong tentera Israel? Di manakah mudarat yang lebih besar? Kaedah al-Fiqh Islam menekankan agar kita menghindari mudarat yang lebih besar. Oleh itu, kita harus bersedia menanggung mudarat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar. Adakah anda faham? Ada soalan seterusnya?
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak