Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Bid'ah Hasanah dan Imam al-Izz Abd Salam
Hamba Allah Tweet
Dan tuan-tuan, seorang lagi Imam al-Izz Abdul Salam. Tuan-tuan tengok muka surat 30, al-Izz Abdul Salam lagi canggih, membahagikan bidaah kepada lima: bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, dan bidaah yang diharuskan. Kalau kita pergi, mereka kata kita ini tak tahu. Ulama-ulama ini bahagi bidaah kepada lima. Mereka boleh satu, kita kata dak. Alhamdulillah kita baca dah apa yang mereka bagi. Kenapa dia bagi banyak sangat? Pasal tuan-tuan tengok muka surat 31, dia sendiri sebut bidaah tu apa.
Al-Izz Abdul Salam kata bidaah tu ialah perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasul. Kalau dia buat takrif dia macam tu, memanglah banyak. Jadi, dia kena bahagi banyak. Kalau dia buat takrif dia macam Imam Syafie tadi, tak banyaklah benda yang menyerupai syariah yang disandar kepada ugama. Yang ni dia kata, apa yang tak berlaku pada zaman Nabi, bidaah itu takrif dia. Kalau dia buat takrif macam tu, memang dia kena bahagi banyak. Pasal ada benda yang Nabi tak buat, memang banyaklah. Kereta pun Nabi tak buat. Jadi sebab tu dia bahagi lima.
Maka dengan itu, kita tengok apa kata dia. Cuba kita tengok muka surat 32, bagi bidaah wajib itu beberapa contoh. Salah satu daripadanya ialah menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kitab Allah dan kalam Rasulullah. Ini kata al-Izz Abdul Salam, antara bidaah wajib ialah ilmu nahu. Tuan-tuan tadi kita dah baca dah kalam Imam Syafie. Imam Syafie kata ilmu nahu tak termasuk dalam bidaah kerana ia tak termasuk dalam takrif ni. Jadi kita tahu Imam al-Izz Abdul Salam yang bahagi lima tu, dia masuk buat sekolah, dia kata tu bidaah hasanah, bidaah wajib. Kita kata buat sekolah ni tak bidaahlah, benda tu disunatkan daripada awal lagi.
Tapi oleh kerana takrif Imam al-Izz Abdul Salam tu, apa yang Nabi tak buat kita namakan bidaah, kita pecah pada lima. Kata dia sebab tu yang pecah lima bukan bererti al-Izz Abdul Salam pi kata hak kita duk buat la ni tu bidaah hasanah, dia tak kata. Dia merujuk kepada benda lain. Buktinya, tak dak dalam kitab dia, dia sebut kenduri arwah bidaah hasanah, dia tak kata tak dak. Sebab itu Imam Syafie tolak pendapat dia yang ni. Tuan-tuan baca sendiri pada muka surat 33 tu. Imam Syafie kata cara dia bahagi tu cara yang tak betul. Em, kerana benda yang tak bidaah pun dia bahagi kepada lima juga. Ha tu tak yah bidaah tak payah bagi. Dia kata bidaah wajib, kalau bidaah wajib kata Imam Syafie bukan bidaah wajib, wajiblah, tak payah bidaah. Kalau dah ada dalil lepas bidaah wajib pula buat sekolah, apa pula bidaah wajib? Aa bukan bidaah wajib, wajiblah. Pasal apa nak namakan bidaah? Dia kata benda tak dak zaman Nabi, hak tu orang tak bagi bidaah, dia bukan ibadat khas. Tapi oleh kerana al-Izz Abdul Salam nak buat limau juga, dia buat limau, dia pi bahagi benda-benda yang tak termasuk. Ha tapi tak pe lah, Rahimahullah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak