Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ia bukan masalah agama, tetapi masalah selera.
Hamba Allah Tweet
Saya seorang public figure. Saya ada urusan saya yang lain, dan ramai NGO serta orang lain juga mempunyai kerja mereka. Takkanlah macam ni? Dulu saya pernah mengadu tentang mahkamah syariah yang lewat, dan mereka marah saya kerana lewat kes talak lawan ini. Saya sendiri menghadapi kelewatan kes saya.
Ini boleh menjadi satu titik tolak dalam negara ini supaya kita menggubal undang-undang yang lebih baik, untuk menghormati hak asasi dan hak rakyat untuk mendapatkan ilmu serta mendengarkan pendapat orang. Jangan salah gunakan kuasa agama untuk menghukum orang ramai. Pihak berkuasa jangan salah gunakan kuasa agama untuk menghukum orang ramai dan kemudian selaraskan perkara ini.
Saya boleh mengajar di universiti. Saya pensyarah di USM, dengan pelajar PhD dan pelajar master di bawah bimbingan saya. Tiba-tiba, apabila saya nak mengajar di sini, mereka kata tak boleh, sedangkan universiti itu juga universiti kerajaan. Bukan hanya belajar biasa; dapat PhD dan master. Tiba-tiba, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, tolong ubah cara begini.
Hormati negara yang sedang maju. Berikan hak untuk orang bercakap dalam negara ini. Kalau anda rasa benda itu tak sesuai dengan anda, boleh jawab, kita ada media, kita ada apa-apa. Semua orang boleh menulis dan bercakap. Ini bukan negara kurun batu di mana manusia semua dikunci mulutnya dan hanya boleh mendengar daripada saya. Jangan dengar daripada orang lain.
Apa ini? Jangan dakwah orang jika apa yang orang cakap tak kena dengan agama atau selera anda. Ia bukan masalah agama, tetapi masalah selera.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak