Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Berdoa dan Solat Sunat Dua Rakaat
Hamba Allah Tweet
Terletak diminum, kemudian menjadi sunah untuk selepas itu seorang meletak tangan di atas kepala isterinya dan berdoa. Dulu kita ada sebut, kita beli kenderaan pun disunatkan. Dulu Nabi beli, beli. Dulu orang Arab, bila dapat unta, dapat apa, doa. Dapat isteri pun letak tangan, minta berkat.
Bismillah, ha. Dia sebut Bismillah, sebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Allahumma inni as’aluka min khairiha wa min khairi ma jabaltaha alaihi wa a’udzu bika min sharriha wa min sharri ma jabaltaha alaihi.” Ya Allah, aku minta daripada-Mu kebaikan dia dan kebaikan yang telah Engkau jadikan pada dirinya. Minta jauh daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan pada dirinya. Kalau ada sedikit kekurangan, minta jauh-jauhkan. Kan kata asyik tak puas hati, memberontaklah, minta jauh-jauhkan.
Isteri nak doa apa kat suami, ha ha. Ini sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Letak tangan ni, pesan kat anak-anak kita, jangan duk gopoh lagi. Buat ikut peraturan. Dan disunatkan selepas itu juga solat dua rakaat suami dan isteri.
Ini ada dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Bila datang jumpa isteri, Nabi kata, “Idha dakhala ‘alaiki ‘ahaduki fa salli raka’atain thumma salillah min khairi ma dakhala ‘alayhi wa ta’awwadh billah min sharri ma dakhala ‘alayhi.” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kata bahawasanya, bila kaum keluarga, bila masuklah pasanganmu kepada engkau, maka engkau solat dua rakaat dan minta Allah berikan kebaikan dan minta jauh daripada kejahatan.
Kemudian urusan kawan oranglah. Nabi kata, kemudian kau orang punya urusanlah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak