Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Balik pada hal kita mengaji malam ni sebab apa?
Hamba Allah Tweet
Tuan-tuan, dua tiga hari ini, sebelum ini, sahabat main isu geng Habib dan geng-geng yang lain. Semua ni, geng Hanana apa ni semua ni. Tapi, kita terima kasihlah. Tak tahu apa tujuan dia, apa pun, kita terima kasih kerana kita rasa benda ni kita habaq lama dah. Alhamdulillah, ertinya yang hak kita duk habaq ni lama-lama dia sampai kan orang. Apa tuan-tuan? Balik pada hal kita mengaji malam ni sebab apa? Sebab benda bila direka dalam agama ni lama-lama dia akan jadi beban.
Selawat ni memang Tuhan suruh. Tuhan suruh dalam Quran, nabi pun suruh. Tapi bila dia buat satu jenis selawat yang mana selawat ni bukan sembarangan. Nak kena pi tengah padang, nak kena bangkit, nak kena apa, dan dia ada harga. Satu selawat tu kadang-kadang 90,000. Tuan-tuan bayangkan orang negeri luar ramai kat negeri kita. Kita bukanlah dengki, tapi 90,000 kali 10 majlis selawat berapa? Ha, 900,000. Berapa puluh dah majlis selawat ni? Itu hak bayaran murah lah kan.
Ertinya akhirnya orang awam rasa dengan dia hadir, pi berdiri sama, dan kemudian depa pun duk pi buat gawang tangan kononnya nabi mai. Nabi mai ke dalam majlis mereka, selawat mereka tu. Orang duk kuliah, orang duk majlis baca Quran. Kitab Tuhan ni, orang duk baca Quran, tilawah bulan puasa baca Quran. Kita tak dakwa nabi mai. Dia selawat dengan lagu kan nabi mai, kira tinggi lagi makam tu.
Semua umat Islam ni dalam keadaan nan tenat. Ulama-ulama nabi tak mai kat depa, tapi nabi mai tiap-tiap malam tu, dan depa sediakan kerusi pula kot nabi nak duduk. Kita habaq benda ni bahaya, tapi alhamdulillah dua tiga hari ni, bawa keluar depa kata memang. Masa kita habaq, depa jenuh pantang kita habaq, dia tuduh kita Wahabi. Kita pun tak tahu Wahabi apa dia.
Saya nak cadangkan di Perlis ni ada satu lah restoran Japanese, restoran Jepun. Kita tak dak sekurang-kurangnya ada jugalah benda wasabi tu. Kalau kita orang hairan tu, kita boleh pi makan di kedai Jepun tu. Rupanya dia pedas kat hangpa. Ha, macam tu lah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak