Bekas Pensyarah Kata Quran Sedia Ada Bukan Asli
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Kalau dia seorang pensyarah universiti, biasanya dia terdedah kepada penulisan dan macam-macam perkara.

Quran itu adalah firman Tuhan. Jika sesuatu itu bukan firman Tuhan, ia tidak akan menjadi ayat Quran, kan? Kau tulis maksud itu dan ia bukan Quran; kau buat kitab, tapi sekarang dalam Quran kita, ada tak “Bismillah” dan “Syukuran”? Itu dah bukan Quran dah; dah diubah. Bismillah itu tak ada sekarang. Kau bubuh Bismillah, apa maknanya Bismillah? Mana ingat mana Bismillah itu? Apa Tuhan yang cakap? Mana Tuhan cakap apa, “Dengan nama Tuhan”? Tuhan ini, kau kata Tuhan itu ada Tuhan lain kat atas dia? Itu apa? Kau baca apa? Alhamdulillah, dah dialami. Kalau kita tak perasan, oh suka kepada… Tapi, Alhamdulillah itu pasal Tuhan yang bercakap. Mana Tuhan kata apa, “Alhamdulillah”? Tuhan tu bersyukur kepada Tuhan dia? Dia ni, apa yang kau sembahkan kat Allah tu, dia ada Tuhan lagi atas dia? Dia cakap Alhamdulillah, dia ambil baik kot semua? Kenapa? Ha, tunjukkan aku jalan yang lurus. Eh, tuan, kau tak tahu ke jalan lurus, Datuk?

Dalam dakwaan ini, dinyatakan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah yang asli dan bukan firman daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Contoh dalam Surah Al-Fatihah. Silakan, Datuk.

Ya, kalau ini dakwaannya, saya rasa dukacita. Kalau dia seorang pensyarah universiti, biasanya dia terdedah kepada penulisan dan macam-macam perkara. Dia sepatutnya mempunyai pemikiran yang lebih luas, tahu teknik menulis dan berbahasa. Dalam kita berbahasa, kadang-kadang untuk menyampaikan sesuatu maklumat, kita bukan mesti selalu menyatakannya secara langsung. Kadang-kadang, kita mengajar untuk orang bercakap seperti kita. Kita ada cakap-cakap, tapi kita nak beri pada anak kita supaya anak kita boleh ikut cakap kita.

Dalam Quran, ada doa; ada ajaran Allah untuk manusia. Quran itu bukan untuk Allah, tetapi untuk manusia. Quran itu adalah petunjuk (Huda) bagi orang yang bertakwa. Maka, Allah ajar bagaimana kita nak berdoa, bagaimana kita nak memujinya. Sebab itu, ia disebut ajaran. Dalam ajaran itu, Tuhan ajar bagaimana nak puji Dia. Alhamdulillah, itulah cara memuji-Nya. Kadang-kadang datang pula ayat yang menceritakan syurga dan neraka, kadang-kadang amaran, kadang-kadang doa. Bukan Tuhan yang berdoa pada diri-Nya, tetapi Tuhan ajar kita cara berdoa. Ini adalah teknik penulisan, pengetahuan asas dalam teknik penulisan.

Kalau seorang pensyarah begitu gagal untuk memahaminya, saya bimbang kita menghadapi krisis yang teruk dalam kualiti ilmu para pensyarah universiti kita. Kalau begitu asasnya, dia pun gagal untuk fahami. Sebab itu, Quran ini datang berinteraksi dengan manusia. Kadang-kadang, ia membawa kita ke langit, kadang-kadang membawa kita ke bawah, ke dunia. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk doa, kadang-kadang dalam bentuk cerita, kadang-kadang dalam bentuk firman Tuhan dan titah-Nya. Ini adalah pendekatan.

Sebab itu, orang Arab Quraisy yang menentang Quran, para Habib, dan ustaz mereka tidak pernah mengeluh tentang uslub Quran. Bahkan, uslub dan pendekatan bahasa Al-Quran ini telah mengkagumkan mereka sehingga mereka menganggapnya bagaikan sihir kerana ia memukau pemikiran mereka. Bahasa yang digunakan oleh Quran ini begitu menakjubkan sehingga seseorang yang berada di jalanan tiba-tiba memperkatakan soal teknik berbahasa dan sastera—ini amat mendukacitakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak