Apakah Pengajaran Penting yang Boleh Kita Ambil daripada Peristiwa Hijrah?

Apakah Pengajaran Penting yang Boleh Kita Ambil daripada Peristiwa Hijrah?

Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.

Apakah Pengajaran Penting yang Boleh Kita Ambil daripada Peristiwa Hijrah?

Apakah peristiwa atau pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada peristiwa hijrah ini?

Pertama sekali, hijrah mengajar kita tentang keyakinan seorang Muslim kepada Tuhannya. Dalam peristiwa hijrah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam begitu yakin dengan janji Tuhannya bahawa baginda akan selamat dengan perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada ancaman orang-orang kafir Quraisy pada ketika itu. Semasa berada di dalam Gua Sur, Nabi dan Abu Bakar menghadapi situasi yang mendebarkan di mana orang-orang Quraisy yang ingin membunuh mereka berada di hadapan pintu gua. Dalam keadaan gelisah, Abu Bakar menangis. Namun, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menenangkan Abu Bakar dengan berkata: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” Ini menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh baginda.

Kedua, hijrah mengajar kita tentang sikap optimis dan bersangka baik. Dalam perjalanan menuju Madinah dari Mekah, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakar dikejar oleh seorang pemuda bernama Surah bin Malik. Ketika Surah tidak berjaya untuk membunuh Nabi, baginda memanggil Surah dan menjanjikan gelang Maharaja Parsi kepadanya. Ini adalah contoh optimisme yang luar biasa, di mana seorang yang ditindas dan dihalau keluar dapat melihat harapan dalam situasi yang sukar. Janji tersebut akhirnya terlaksana pada zaman Khalifah Umar ibn Khattab, apabila kawasan yang dikuasai oleh Maharaja Parsi berjaya dibuka.

Ketiga, hijrah mengajar kita tentang pentingnya memiliki sahabat yang baik. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam boleh sahaja berhijrah seorang diri, tetapi baginda memilih untuk membawa Abu Bakar menemani perjalanan tersebut. Ini menunjukkan bahawa dalam perjalanan seorang mukmin di dunia ini, sokongan dari sahabat yang setia adalah penting. Sahabat tersebut akan menegur ketika kita tersalah, mengisi kesunyian, dan memberikan semangat saat kita hampir tewas akibat ujian yang dihadapi.

Inilah tiga pengajaran penting yang kita boleh ambil daripada peristiwa hijrah. Semoga peristiwa hijrah sentiasa tersemat dalam jiwa kita dan memberi inspirasi untuk kita mengambil pengajaran daripadanya.

Jumpa lagi di lain kali. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak