Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Ahli Keluarga Terjebak Ajaran Sesat?
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Ahli Keluarga Terjebak Ajaran Sesat?

Ustaz, ada tak tips macam mana nak berhadapan dengan ahli keluarga yang terpengaruh dengan ajaran jiran sesat ni? Dalam masa yang sama, kita juga perlu menjaga silaturahim. Allahuakbar, ini adalah perkara yang penting. Setiap keluarga mempunyai cara yang berbeza. Jadi, kita harus memahami bahawa lain keluarga, lain gaya.

Saya hanya boleh memberikan cadangan secara umum. Saya ingin ulang lagi cadangan saya, yang pernah saya berikan sebelum ini. Jika anda rasa anda tidak berada dalam posisi yang dihormati dalam keluarga, maksudnya, anda mungkin tidak dilihat sebagai orang berilmu atau berpengalaman. Mungkin ayah atau abang merasa diri mereka lebih bijak.

Jika anda tidak berada dalam posisi itu, maka janganlah anda mulakan dengan mengatakan, “Ini jalan salah, ini jalan sesat.” Jangan mulakan dengan cara begitu. Sebaliknya, kraf soalan anda dengan baik. Saya sudah ulang banyak kali, kraf soalan pula tanpa mendakwa mereka salah. Tanyakan kepada mereka soalan-soalan yang akan membuat mereka tergeliat, maksudnya, mereka akan tersandung dengan jawapan mereka sendiri.

Contohnya, tanya soalan yang berbentuk: “Jika awak mendakwa bahawa seseorang hanya boleh bersaksi tentang sesuatu yang mereka saksikan, bagaimana dengan status saya? Saya tidak berada di tempat kejadian ketika ayah berkahwin dengan mak.” Tanyakan soalan-soalan seperti itu dan perhatikan cara mereka menjawab.

Kalau berlaku banyak kali dan mereka masih mempunyai akal yang waras, insyaAllah, mereka akan terfikir. Sampai satu masa, anda mungkin perlu berterus terang. Anda perlu berkata, “Ayah, abang, kakak, adik, mak, nenek, atau pak cik, ketika saya tanya soalan-soalan ini, saya perasan awak tidak boleh jawab atau banyak percanggahan dalam jawapan.”

Jangan sekali-kali menyatakan mereka sesat. Cukup katakan, “Saya tidak rasa kebenaran ini jelas kerana banyak percanggahan.” Buat mereka berfikir. Kebenaran seharusnya jelas, tetapi kenapa tiada jawapan? Jika mereka mengatakan mereka tidak boleh menjawab kerana jahil, mungkin anda boleh mencadangkan mereka bertanya kepada guru mereka.

Jangan bimbang untuk menghubungi kami jika perlu; kami akan membantu anda. InsyaAllah, kami akan memberikan panduan. Biasanya, apabila mereka tidak dapat menjawab, mereka akan berkata, “Jom jumpa guru.” Namun, sebelum sampai ke tahap itu, pastikan anda melakukan langkah pertama dengan betul.

Saya harap semua ini jelas kepada anda, cahaya harapan. Teruskan berbuat baik sebagai anak yang taat, kakak yang baik kepada adik-beradik, atau adik yang baik kepada abang dan kakak. Jangan ubah akhlak anda. Teruskan akhlak yang baik dan jangan lari daripada dialog. Jika ada peluang, gunakan untuk bertanya. Soalan yang diajukan perlu difikirkan dengan baik. Okey?

Allahuakbar.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak