Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Okey, hukum puasa orang murtad, apa hukum orang murtad bila mereka puasa?
Hamba Allah Tweet
Orang murtad maksudnya kalau dia tu melakukan apa-apa perkataan ataupun perbuatan ataupun lahir dalam diri dia kepercayaan yang mana tidak boleh ditakdirkan melainkan dia telah terkeluar daripada agama. Umpamanya, dia menyatakan dia menghina Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam atau dia menghina orang-orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah. Dia kata, “Hangpa nak amal-amal sunnah sangat, hangpa pergi naik untalah.” Jadi, kalau itu perkataan ingin menghina sunnah Nabi, umpamanya, dia murtad, dia terkeluar daripada agama. Ataupun, dia kata benda-benda apa-apa, dia dengar orang azan ke apa, dia kata, “Tak ada kerja lain, menyalak je lah,” umpamanya, nauzubillah. Maka, dia murtad.
Kalau orang yang murtad ini, ataupun dia kata apa-apa, dia hina ayat Quran, dia hina Quran, bukan hina orang yang baca tu, dia hina Quran itu sendiri, dia hina ajaran Islam. Murtad ini maksudnya dia merendahkan atau menjatuhkan ataupun dia mengurangkan kedudukan dan ketinggian Allah dan Rasul-Nya. Bila dia melakukan hal itu, maka dia telah murtad atau mempersendakan ajaran Allah dan Rasul termasuk dalam hati. Kalau dia murtad, walaupun dia puasa, puasa ketika itu batal. Puasa dia batal. Misalnya, tengah hari dia buat kata-kata main-main dengan agama, “Ha, orang sembahyang ni, hangpa sembahyanglah, bukan hangpa duk kaya pun duk sembahyang pun,” umpamanya. Walaupun dia puasa, puasa itu tidak sah kerana murtad, kerana dia terkeluar daripada Islam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak